Monday, May 5, 2008

Perlembagaan Malaysia

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi.
2. Ia digunakan untuk menyelaras pentadbiran sesebuah negara.
3. Suruhanjaya Reid telah berjaya membentuk draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
4. Perlembagaan terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- Perlembagaan bertulis
- Perlembagaan tidak bertulis
5. Negara kita mempunyai sebuah perlembagaan bertulis.
6.Tujuan perlembagaan ialah:
- untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
- Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.
- Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
- Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.
- Menjamin riwayat negara bangsa
- Menjamin keamanan dan kestabilan negara.
2. Ketertinggian Perlembagaan dapat dilihat melalui peruntukan berikut:
- Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.
- Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasanya masing-masing daripada perlembagaan.
- Yang di pertuan Agung sebagai ketua negara juga menjalankan kuasanya mengikut perlembagaan.
- Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
8. Keunikan perlembagaan
- Boleh dipinda melalui proses parlimen
· ½ perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen dengan keizinan oleh Majlis Raja-Raja
· ½ perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan parlimen, jika ianya dipersetujui oleh Yang Dipertua
· ½ perkara boleh dipinda dengan 2/3 dalam tiap-tiap dewan Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar dewan Parlimen

- Sebab-sebab pindaan
1. Bagi mengekalkan kelicinan urusan pentadbiran negara
Standart – peraturan hal ehwal tanah di negeri-negeri persekutuan
2. Mengawal kententeraman negara – berlaku beberapa kali tentang Akta Keselamatan dalam Negeri
3. Supaya kepentingan dapat dilindungi – didapati undang-undang sedia ada tidak memuaskan
Kandungan Perlembagaan Malayisa terdiri daripada 15 Bahagian yang mengandungi 183 Perkara.
Bahagian 1 ; Negeri-negeri , Agama dan Undang-undang Persekutuan (Perkara 1-4)
Bahagian 2 : Kebebasan Asasi (Perkara 5-13)
Bahagian 3 : Kewarganegaraan (Perkara 14-31)
Bahagian 4 : Persekutuan (Perkara 32-69)
Bahagian 5 : Negeri-negeri (Perkara 70-72)
Bahagian 6 : Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Perkara 73 –95E)
Bahagian 7: Peruntukan-peruntukan kewangan : Perkara 96-112D)
Bahagian 8 : Pilihanraya (Perkara 113-120)
Bahagian 9 : Kehakiman (Perkara 121-131A)
Bahagian 10 : Perkhidmatan Awam (Perkara 132-148)
Bahagian 11: Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat (Perkara 149-151)
Bahagian 12 : Am dan Pelbagai (Perkara 152-161E)
Bahagian 13 : Peruntukan sementara dan peralihan (Perkara 162-180)
Bahagian 14 : Pengecualian Bagi Kedaulatan Raja-raja dan sebagainya (Perkara 181)
Bahagian 15 : Prosiding Terhadap Yang di pertuan Agong dan Raja-raja (Perkara 182-183)

No comments: