Tuesday, January 27, 2009

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Author1: Sharliana Che Ani
Author2: Sofia Elias
Author3: Rusniyati Mahiyaddin
Research Title: Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis Ke Arah Pembangunan Modal Insan : Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS.

Abstract: Menyedari modal insan (human capital) adalah elemen terpenting di era globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, kepakaran, kemajuan, daya saing yang tinggi, berintegriti, kekuatan moral tinggi, budaya kerja cemerlang dan sebagainya, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting dalam Misi Nasional 2006-2020. Sehubungan dengan matlamat kerajaan ini, kemampuan berfikir secara kritis adalah sangat perlu dalam usaha melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat lokal malahan juga di peringkat antarabangsa. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran di mana seseorang yang mempunyai kemahiran ini sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Justeru, saluran pendidikan dilihat menjadi satu platform yang dapat menjana kemampuan berfikir dalam kalangan masyarakat. Pembelajaran subjek pemikiran kritis ini dilihat begitu penting peranannya ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Oleh yang demikian, pembelajaran subjek pemikiran kritis ini sewajarnya dijadikan sebagai subjek wajib dan bukannya subjek elektif kepada pelajar khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi dan amnya di peringkat menengah. Menyedari hakikat inilah, kajian akan cuba menyingkap signifikasi subjek pemikiran kritis dalam pembentukan modal insan cemerlang di peringkat institusi pengajian tinggi swasta.

Kata Kunci: Pemikiran, kritis, sumber manusia, modal insan


Published: Prosiding, Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi Malaysia
Date: 22-23 Oktober 2008

Seminar Politik Di Malaysia

Author1: Rusniyati Mahiyaddin
Author2:
Author3:
Research Title: Pilihanraya ke-12: Satu Perubahan di Malaysia
Abstract:
Dalam sejarah politik Malaysia, pilihan raya umum telah diselenggarakan dua belas kali. Pilihan raya umum pertama ialah pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Pilihan raya umum selanjutnya telah dilaksanakan pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999, 2004 dan yang terkini 2008. Dari rangkaian sejarah pilihan raya tersebut, secara umumnya dimenangi oleh Barisan Nasional. Pendapat mengatakan bahawa kemenangan demi kemenangan tersebut pada asasnya adalah kerana prestasi Barisan Nasional yang dianggap berhasil melakukan pembangunan kepada Malaysia. Namun Pilihanraya ke-12 memberikan banyak perubahan. Kerajaan Barisan Nasional masih mendapat mandat daripada pengundi. Namun, Barisan Alternatif memenangi lebih banyak kerusi. Jumlah negeri yang diperintah oleh Barisan Alternatif juga bertambah daripada Negeri Kelantan saja selepas pilihanraya tahun 2004, tetapi kini Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut dimenangi oleh mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat sebab mengapa perubahan ini berlaku dan kesannya.

Published: Prosiding, Seminar Politik Malaysia, UiTM Sabah.

Date: 28-30 Oktober 2008

Menangkap Ikan Perlukan Skill yea...

Aktiviti bersama

Aktiviti Di Kolam Kampung Teras

Wednesday, January 21, 2009

Kata Pepatah

I can achive anything when i set my mind, my heart and body for it.