Monday, June 18, 2012

Indahnya Ciptaan Allah s.w.t







Betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t yang kadangkala kita lupa bahawa sememangnya Allah boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. MasyaAllah dan Alhamdulillah kerana sehingga saat ini masih bernyawa dan mempunyai kesempatan untuk terus bertaubat dan melihat keindahan ciptaanNya.

Tuesday, June 12, 2012

Pasangan angan-angan tinggi tanpa usaha bukan mukmin sejati

2012/06/13 RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya. Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia. Janganlah sekali-kali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh mencapai sesuatu dan meminta pertolongan Allah SWT supaya dengan ihsan-Nya, Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha dilakukan kerana sebijak atau sekuat mana manusia, tetap berhajat pertolongan serta pimpinan Allah SWT. Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah Maha Berkuasa. Allah menjelaskan, sesuatu yang boleh diusahakan manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya. Jika usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan reda, tenang, tenteram kerana hal itu pasti mengandungi hikmah tersendiri yang hanya diketahui Allah. Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak reda kepada takdir serta ketentuan Allah Yang Maha Esa. ( Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pasanganangan-angantinggitanpausahabukanmukminsejati/Article)

Sifat putus asa tak ada jika percaya qada, qadar

Oleh Norul Aida Mohd Nor bhagama@bhariian.com.my 2012/06/13 MUDAH menyerah kalah adalah sifat mudah berputus asa yang wujud dalam diri seseorang apabila ditimpa pelbagai ujian. Sifat sebegini boleh melemahkan iman seseorang hamba dan oleh itu kita digalakkan mencontohi sifat Rasulullah SAW. Ujian diturunkan Allah kepada hamba-Nya berbeza kerana ada diuji dengan kegagalan, penindasan, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan serta dosa. Sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian batu loncatan yang mengubah nasib menjadi yang baik kepada lebih baik daripada sebelumnya. Seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan. Rasulullah SAW dan sahabat sentiasa bersemangat serta bersungguh-sungguh berdepan dengan ujian. Baginda tidak pernah berputus asa menyebarkan agama Islam walaupun mendapat tentangan daripada orang kafir. Baginda juga turut diuji dilahirkan sebagai yatim piatu, kemiskinan sehingga terpaksa menjadi pengembala kambing, kematian datuk, pak cik, isteri, anak lelaki dan banyak lagi peristiwa menduga keteguhan imannya. Walau apa juga rintangannya, Baginda tetap bersabar dan berdoa kepada Allah. Orang yang mudah menyerah kalah dan berputus asa adalah seorang yang tidak sabar, tidak mensyukuri rahmat, nikmat serta tidak reda dengan takdir Allah. Justeru, hendaklah kita sentiasa tenang dan berlapang dada menempuh ujian. Sebaliknya, seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan. Pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya sangat luas. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar, ayat 53) Allah sentiasa membuka pintu taubat dan mengampuni hamba-Nya yang melampaui batas terhadap diri mereka. Walaupun melakukan maksiat atau melanggar perintah-Nya, mereka tetap diberi peluang bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, apabila tersedar daripada dosa yang dilakukan, kita haruslah bersegera memohon keampunan Allah kerana orang yang diselubungi dosa akan sentiasa merasa gelisah serta tidak bahagia hidupnya di dunia dan akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada yang menimpa seorang mukmin daripada bala bencana ataupun kesukaran dan kerunsingan sehingga duri yang menyucuknya melainkan Allah akan menebus dengannya segala dosa-dosanya.” Seseorang yang reda dengan qada’ dan qadar pastinya tidak mudah menyerah kalah. Jika ditimpa kesulitan, mereka akan menerimanya dengan tabah kerana sedar ada orang lain yang lebih sulit daripada dirinya. Kita perlu sedar setiap ujian atau cabaran pasti ada jalan keluar. Justeru, buang sifat mudah putus asa dan berusaha membina keyakinan diri dengan menyemai sifat sabar melalui contoh ditunjukkan Rasulullah SAW. Sifat mudah putus asa hanya menunjukkan kelemahan kita yang akan menjejaskan imej Islam apabila orang Islam dikaitkan sebagai yang lemah. Teruskan usaha dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Sifat mudah menyerah kalah tidak sepatutnya ada pada seorang Islam yang beriman kepada Allah dan meyakini kemampuan dimiliki untuk berdepan apa juga ujian mendatang. Di sebalik kesusahan akan ada kesenangan. (sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sifatputusasatakadajikapercayaqada_qadar/Article)

Monday, June 11, 2012

Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba

Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba - Irsyadee + Hafiz Hamidun Hati Hiba Mengenangkan Dosa Dosa Yang Ku Lakukan Oh Tuhan Maha Kuasa Terima Taubat Hamba Berdosa Ku Akui Kelemahan Diri Ku Insafi Kekurangan Ini Ke Kesali Kejahilan Ini Terimalah (3x) Taubatku Ini Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan Di Hamparan Ini Ku Meminta Moga Taubat Ku Diterima Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-taubat-seorang-hamba-irsyadee.html#ixzz1xT3dakJT

http://www.youtube.com/watch?v=-2dOpEohwo4&noredirect=1

Doa Seorang Kekasih

Doa Seorang Kekasih Album : In-Team'04 Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala Lagu : Abai Os (Hijjaz Records) Lirik : Abai Os (Hijjaz Records) Penerbit : Faizal Osman Penyusun Muzik : Firdaus Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.