Thursday, June 21, 2012

Khutbah Jumaat: Perbanyak puasa sunat, eratkan silaturahim pada Syaaban

2012/06/22

KINI kita berada pada hari kedua Syaaban, bulan mulia lagi berkat ini mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya. Syaaban adalah masa untuk kita mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan menghadapi bulan Ramadan, medan ibadah umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW dan bagi kita sebagai umatnya pelbagai ganjaran disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadapi Ramadan. As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al- Khaubawi dalam kitab Duratun Nasihin menceritakan amalan Rasulullah SAW yang diriwayatkan Anas bin Malik: “Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua-dua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan daripada tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”

Antara amalan digalakkan dalam bulan ini ialah ibadah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini.

Sabda Rasulullah SAW apabila ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang afdal berpuasa, Nabi SAW menjawab yang bermaksud: “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan. Nabi SAW ditanya lagi: Sedekah apakah yang lebih afdal? Nabi SAW menjawab: Sedekah di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pada bulan Syaaban juga ada satu malam yang sangat dinanti-nantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu Allah SWT memberikan kelebihan kepada hamba-Nya dan memberi keampunan kepada mereka kecuali yang syirik kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW menerusi hadis diriwayatkan Ibn Majah daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Allah SWT melihat kepada makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban lalu mengampuni makhluk-Nya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Untuk mencapai kelebihan bulan ini, umat Islam di anjurkan melakukan puasa sunat dan qiamullail. Inilah ibadah diutamakan Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan puasa sunat pada 15 terakhir Syaaban.

Memperkukuhkan tali silaturahim sesama manusia. Hubungan sesama manusia penting kerana ia bersangkutan hubungan manusia dengan Allah SWT. Leraikanlah permusuhan sesama kita dan saling bermaafan kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa manusia selagi mereka bermaafan.

Sucikan diri daripada perasaan dendam dan dengki sesama muslim sebelum tibanya Ramadan supaya amal ibadah pada bulan berkat ini dapat dirasai kemanisannya.

Beristiqamah melaksanakan amal ibadah dan kebajikan untuk menjadikan jiwa sentiasa tetap dengan pendirian.

Memperbanyakkan memohon keampunan daripada Allah SWT. Ramai yang tidak menyedari bahkan alpa dengan segala dosa dilakukannya saban waktu. Dosa semakin hari semakin bertambah terutama dosa kecil daripada percakapan, penglihatan, pendengaran dan perbuatan.

Semua dosa ini sebenarnya telah menjadi titik hitam dalam hati yang menyebabkan hati semakin keras. Lebih membimbangkan, hati akan jauh daripada petunjuk Allah SWT. Perbanyakkan berdoa dan memohon ampun selagi pintu keampunan itu terbuka.

Sumber: Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Wednesday, June 20, 2012

Syaaban, bulan latihan rohani persiapan sambut Ramadan

2012/06/21


SYAABAN mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam. Rasulullah mencintai bulan Syaaban. Baginda banyak berpuasa sunat pada bulan ini. Rasulullah melakukannya bagi menjadi contoh kepada umatnya.



Selain memperbanyakkan amal kebajikan pada bulan ini, ia adalah latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan. Saidatina Aisyah melaporkan, “Rasulullah sering berpuasa sehingga kami berkata: Sesungguhnya Baginda berpuasa dan Baginda berbuka sehingga kami mengatakan Baginda berbuka. Saya tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan lebih banyak daripada puasa Baginda pada bulan Syaaban. Kadang-kadang, Baginda berpuasa Syaaban sebulan penuh dan kadang-kadang Baginda berpuasa sedikit daripadanya.” (Direkodkan oleh Muslim) Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata, “Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis direkodkan oleh Ibn Majah, Tabrani dan Ibn Hibban). Keistimewaan bulan ini adalah amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah. Maka sewajarnya sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadat dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyakkan puasa, bertaubat dan beristighfar, memperbanyakkan zikir dan doa.



Rasulullah pernah ditanya mengapa Baginda melebihkan bulan Syaaban berbanding bulan lain lalu Baginda berkata, “Bulan itu (Syaaban) yang berada di antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadat kepada Tuhan sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadatku diangkat ketika aku berpuasa.” (Hadis direkodkan oleh Nasaie)



Pertengahan Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam hadis sahih, Muaz bin Jabal melaporkan Rasulullah berkata, “Allah menjenguk datang kepada semua makhluknya pada malam Nisfu Syaaban, diampunkan dosa sekalian makhluknya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis direkodkan oleh Ibn Majah, Tabrani dan Ibn Hibban).



Islam mengajar umatnya menjaga dan menggunakan masa dengan beriadah kepada Allah dalam apa juga bentuk ibadat sama ada ibadat khusus mahupun umum. Islam mahu melahirkan umat yang berkualiti dalam ibadat, masa dan pekerjaan.

Rasulullah menggalakkan kita supaya melakukan kebaikan terutama ibadat khusus seperti solat sunat, puasa sunat dan sedekah secara berterusan walaupun sedikit.



Baginda sendiri bukan saja kuat beribadat khusus, memohon keampunan, malah Baginda juga sebagai bapa, suami, ahli masyarakat dan paling besar adalah sebagai pemimpin negara serta ummah. Semuanya dikira ibadat jika dilakukan mengikut syariat Islam.



Sumber: Buku Diari Ramadan

(Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Syaaban_bulanlatihanrohanipersiapansambutRamadan/Article)

Pendidikan Moral MPW 1153/2153 UMTECH

Salam sejahtera semua... Mohon kebenaran untuk saya upload gambar aktiviti anda pada semester Februari 2012. Walaupun banyak lagi gambar yang diberikan saya hanya poskan beberapa koleksi ini sahaja. Terima kasih kepada semua dalam menyiapkan tugasan anda. Diharapkan ia memberikan satu lagi pengalaman dalam sesi pembelajaran anda di universiti.










Generasi muda, majoriti senyap penentu keputusan PRU-13

Oleh Imlan Adabi


imlanadabi@nstp.com.my

2012/06/20

"KAMI mahu suara anak muda didengari," kata siswa yang pada awalnya ragu-ragu untuk berterus-terang.



“Jika mengundi, kami akan pilih parti yang boleh memberi jaminan kepada anak muda. Kami mahu masalah kami didengari. Kami mahu suara anak muda mendapat perhatian sewajarnya,” katanya lagi. Pertemuan spontan di sebuah masjid di sebuah pusat pengajian tinggi yang awalnya membabitkan tiga individu bertambah kepada 10 orang selepas solat Jumaat. Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini. Sama ada tinggal di luar bandar atau di kawasan urban, selera dan minat siasah generasi muda sukar dianalisis. Suara mereka menerusi Facebook dan Twitter sentiasa kritikal dan sinis. “Kami tidak menentang mana-mana kelompok. Memadai isu pelajar ditangani. Kami datang dari luar bandar. Ayah bersara. Emak suri rumah sepenuh masa. Kami perlu bantuan kewangan. Apa pun namanya biasiswa, bantuan, pinjaman atau PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), kami tak kisah. Tetapi menghapuskan pinjaman pelajaran membebankan kami. Jika kami dianggap aset negara, kenapa kami dibebankan untuk belajar pada peringkat tinggi?”

Suara yang hampir sama kedengaran pada majlis dialog di sebuah pusat pengajian tinggi lain seminggu lebih awal.


Hari ini isu pendidikan dan generasi muda sudah sebati. Mereka pewaris negara. Lebih utama, mereka mungkin sebahagian generasi muda yang bakal membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Kita tidak pasti kecenderungan pengundi muda kepada politik kepartian. Namun mereka generasi Starbucks yang mempunyai budaya yang mungkin berbeza daripada ayah dan ibu sendiri. Mereka membesar dengan media baru, menjadi pengamal setia Facebook dan Twitter, serta tidak mudah menerima pendapat yang dianggap mempunyai ciri-ciri feudalisme.

Katakan mereka generasi X atau Y yang sukar dijangka, mereka tidak peduli kerana ledakan teknologi maklumat bagai melenyapkan kelompok yang ada di persekitaran mereka.



Yang mereka pasti ialah jaringan tanpa sempadan dan sumber maklumat berada di hujung jari. Sebahagian mereka mengakui tidak menganut fahaman politik tertentu, namun tegas mereka aspirasi muda jangan diketepikan.


Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini. Sama ada tinggal di luar bandar atau di kawasan urban, selera dan minat siasah generasi muda sukar dianalisis. Suara mereka menerusi Facebook dan Twitter sentiasa kritikal dan sinis.



Lebih sukar apabila mereka dianggap sebagai majoriti senyap yang akan membuat perkiraan menerusi peti undi.



Perkembangan siasah sejak 2 September 1998 mengaitkan aspirasi muda dengan pembangkang. Keputusan Pilihan Raya Umum pada 1999 dan 2008 hampir membuktikan tanggapan ini.



Terkecuali pada Pilihan Raya Umum 2004 apabila sebahagian pengundi terpengaruh dengan slogan Islam Hadhari yang dipopularkan oleh mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, suasana selepas itu berbeza. Ungkapan Islam Hadhari pun tidak kedengaran lagi apabila keputusan Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 memberi gambaran drastik.



Sukar untuk menyatakan bahawa generasi muda hari ini sebagai penentu politik negara kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mendaftarkan nama sebagai pengundi.



Sebanyak 3.7 juta rakyat di negara ini gagal mendaftar sebagai pengundi dan sebahagian besar daripada mereka generasi muda. Golongan yang tidak mendaftar secara langsung tidak berhak membuat keputusan menerusi peti undi. Jika sekadar bersuara dan heboh dengan aktiviti kepartian tanpa peluang membuat keputusan di peti undi, tidak akan mengubah keadaan.



Kajian sebuah parti politik pula mendapati 62 peratus pengundi muda tidak menyokong sesiapa. Mereka hanya membuat keputusan pada saat akhir pengundian.



Jika banyak isu yang membabitkan kepentingan mereka, ia mungkin menjadi penentu dalam keputusan terakhir di peti undi.



Justeru, mana-mana gerakan siasah perlu cekap mengambil kesempatan supaya generasi muda berpihak kepada mereka.



Pada hari ini pola pengundian hampir boleh diteka. Undi Melayu di luar bandar dan kawasan FELDA lazimnya berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN). Melayu kawasan urban dan sekitar kawasan pusat pengajian tinggi sukar diramal. Mereka bergantung kepada isu dan kekuatan calon seperti berlaku di kawasan Bangi, Shah Alam, Nilam Puri, Skudai dan Johor Bahru. Generasi intelektual dan terdidik lazimnya mempunyai tanggapan berbeza terhadap kualiti kepartian.



Pengundi Cina boleh dijangka hala tuju sokongan mereka. Kaum India di kawasan pedalaman masih menjadi misteri. Generasi muda yang banyak bertwitter dan Facebook kini perlu diberi tumpuan.



Jika hasrat dan keinginan mereka kurang dilayani, kita boleh mengerti arah mana mereka selepas ini.
(Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Generasimuda_majoritisenyappenentukeputusanPRU-13/Article)

Monday, June 18, 2012

Bendung fahaman ateisme daripada pengaruhi minda

Oleh Siti Rohaida Mat Isa




2012/06/18

ATEISME bukan dianggap sebagai agama tetapi satu kepercayaan yang menafikan atau menidakkan kewujudan Tuhan sebagai Pencipta langit dan bumi. Mereka berfahaman ateisme menolak kewujudan Tuhan disebabkan tidak dapat melihat Tuhan dengan mata kasar.



Mereka juga tidak dapat mendengar serta berinteraksi dengan Tuhan. Inilah antara punca utama mereka menafikan kewujudan Tuhan berdasarkan logik akal dan kajian tersendiri. Ateisme sebenarnya lebih berbahaya daripada golongan murtad (keluar Islam) kerana mereka langsung tidak mempunyai pegangan agama dengan alasan kewujudan Tuhan satu khayalan dan rekaan semata-mata. Ateisme sebenarnya lebih berbahaya daripada golongan murtad (keluar Islam) kerana mereka langsung tidak mempunyai pegangan agama dengan alasan kewujudan Tuhan satu khayalan dan rekaan semata-mata. Oleh itu, fahaman ini tidak boleh dipandang enteng kerana fahaman ini jelas bertentangan akidah Islam. Sesungguhnya, agama Islam yang dibawa Rasulullah SAW adalah agama yang mentauhidkan Allah Taala sebagai Tuhan Pencipta langit dan bumi ini.



Setiap manusia yang berpegang pada ajaran Islam wajib mempercayai kewujudan Allah Taala berdasarkan firman yang bermaksud: “Allah yang mencipta setiap sesuatu dan Dialah yang mentadbir serta menguasai segala-galanya.” (Surah Az-Zumar, ayat 62).



Ayat itu menjelaskan Allah Taala Pencipta setiap makhluk atau ciptaan termasuklah langit, bumi, planet dan segala cakerawala yang terdapat di ruang angkasa.



Golongan berfahaman ateisme menggunakan logik akal semata-mata dan berpendapat dengan mengutarakan satu contoh bahawa Tuhan mampu mencipta batu yang berat tetapi Tuhan sendiri tidak mampu mengangkat batu itu.

Hujah mereka ini sama sekali tidak tepat kerana kewujudan Allah Taala tidak dapat difikirkan dengan akal pemikiran biasa dan terhad. Pendapat mereka sudah dijawab melalui firman Allah Taala yang bermaksud: “Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya? Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.” (Surah Al-Qiyamah, ayat 3-4).



Melalui keterangan ayat Allah Taala, kita jelas dapat memahami Allah mampu mencipta kejadian hujung jari bagi setiap diri manusia itu berbeza-beza dan hal penciptaan ini tidak dapat dirungkaikan melalui logik akal atau pemikiran manusia biasa.



Kita tidak mampu menyingkap rahsia di sebalik bilangan manusia yang begitu ramai di atas muka bumi Allah yang maha luas ini, akan tetapi tetapi kejadian atau penciptaan setiap hujung jari mereka tidak sama antara satu sama lain. Ini keajaiban dan keunikan ciptaan Tuhan yang Maha Esa.



Untuk penjelasan lanjut, Allah Taala telah mencipta kejadian hujung jari itu untuk dijadikan pengenalan diri bagi setiap individu sebagai contoh cap ibu jari. Justeru itu, kita sebagai umat Islam diwajibkan mempercayai dan meyakini kewujudan Allah Taala tanpa mempertikaikannya di atas bukti keunikan dan keajaiban penciptaan Allah Taala.



Ini jawapan, bukti dan keterangan yang jelas menunjukkan bahawa pendapat logik akal yang dipegang oleh golongan aties itu tidak benar sama sekali.



Di samping itu, kita sebagai umat Islam hendaklah mengakui dengan kata iktikad atau pegangan dua kalimah syahadah iaitu “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah.”



Dua kalimah syahadah ini adalah paksi utama pegangan bagi setiap Muslim dan Muslimah. Sekiranya mereka melanggar pegangan atau penyaksian ini, mereka dianggap sebagai kufur dan terkeluar daripada agama Islam.



Maka fahaman ateisme yang menolak kewujudan Tuhan sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.



Kita hendaklah berjaga-jaga dan membendung fahaman ateisme daripada mempengaruhi minda dan pemikiran umat Islam di Malaysia. Fahaman dan kepercayaan ini racun yang boleh merosakkan ajaran dan syariat Nabi Muhammad SAW kerana hanya ‘bertuhankan’ logik akal pemikiran serta menolak kewujudan Tuhan.



Maka, tidak hairanlah mereka yang menafikan kewujudan Tuhan ini mempunyai nilai moral dan pegangan hidup yang longgar. Disebabkan tiada pegangan agama, mereka bisa melakukan apa saja mengikut hawa nafsu.
 
(Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bendungfahamanateismedaripadapengaruhiminda/Article)

Indahnya Ciptaan Allah s.w.t







Betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t yang kadangkala kita lupa bahawa sememangnya Allah boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. MasyaAllah dan Alhamdulillah kerana sehingga saat ini masih bernyawa dan mempunyai kesempatan untuk terus bertaubat dan melihat keindahan ciptaanNya.

Tuesday, June 12, 2012

Pasangan angan-angan tinggi tanpa usaha bukan mukmin sejati

2012/06/13 RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup, manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya. Mukmin yang betul-betul beriman tidak akan mudah berputus asa kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya. Syaitan akan sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan manusia. Janganlah sekali-kali disebut perkataan 'kalau' jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh mencapai sesuatu dan meminta pertolongan Allah SWT supaya dengan ihsan-Nya, Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha dilakukan kerana sebijak atau sekuat mana manusia, tetap berhajat pertolongan serta pimpinan Allah SWT. Kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah Maha Berkuasa. Allah menjelaskan, sesuatu yang boleh diusahakan manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya. Jika usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan reda, tenang, tenteram kerana hal itu pasti mengandungi hikmah tersendiri yang hanya diketahui Allah. Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak reda kepada takdir serta ketentuan Allah Yang Maha Esa. ( Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pasanganangan-angantinggitanpausahabukanmukminsejati/Article)

Sifat putus asa tak ada jika percaya qada, qadar

Oleh Norul Aida Mohd Nor bhagama@bhariian.com.my 2012/06/13 MUDAH menyerah kalah adalah sifat mudah berputus asa yang wujud dalam diri seseorang apabila ditimpa pelbagai ujian. Sifat sebegini boleh melemahkan iman seseorang hamba dan oleh itu kita digalakkan mencontohi sifat Rasulullah SAW. Ujian diturunkan Allah kepada hamba-Nya berbeza kerana ada diuji dengan kegagalan, penindasan, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan serta dosa. Sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian batu loncatan yang mengubah nasib menjadi yang baik kepada lebih baik daripada sebelumnya. Seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan. Rasulullah SAW dan sahabat sentiasa bersemangat serta bersungguh-sungguh berdepan dengan ujian. Baginda tidak pernah berputus asa menyebarkan agama Islam walaupun mendapat tentangan daripada orang kafir. Baginda juga turut diuji dilahirkan sebagai yatim piatu, kemiskinan sehingga terpaksa menjadi pengembala kambing, kematian datuk, pak cik, isteri, anak lelaki dan banyak lagi peristiwa menduga keteguhan imannya. Walau apa juga rintangannya, Baginda tetap bersabar dan berdoa kepada Allah. Orang yang mudah menyerah kalah dan berputus asa adalah seorang yang tidak sabar, tidak mensyukuri rahmat, nikmat serta tidak reda dengan takdir Allah. Justeru, hendaklah kita sentiasa tenang dan berlapang dada menempuh ujian. Sebaliknya, seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan. Pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya sangat luas. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar, ayat 53) Allah sentiasa membuka pintu taubat dan mengampuni hamba-Nya yang melampaui batas terhadap diri mereka. Walaupun melakukan maksiat atau melanggar perintah-Nya, mereka tetap diberi peluang bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, apabila tersedar daripada dosa yang dilakukan, kita haruslah bersegera memohon keampunan Allah kerana orang yang diselubungi dosa akan sentiasa merasa gelisah serta tidak bahagia hidupnya di dunia dan akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada yang menimpa seorang mukmin daripada bala bencana ataupun kesukaran dan kerunsingan sehingga duri yang menyucuknya melainkan Allah akan menebus dengannya segala dosa-dosanya.” Seseorang yang reda dengan qada’ dan qadar pastinya tidak mudah menyerah kalah. Jika ditimpa kesulitan, mereka akan menerimanya dengan tabah kerana sedar ada orang lain yang lebih sulit daripada dirinya. Kita perlu sedar setiap ujian atau cabaran pasti ada jalan keluar. Justeru, buang sifat mudah putus asa dan berusaha membina keyakinan diri dengan menyemai sifat sabar melalui contoh ditunjukkan Rasulullah SAW. Sifat mudah putus asa hanya menunjukkan kelemahan kita yang akan menjejaskan imej Islam apabila orang Islam dikaitkan sebagai yang lemah. Teruskan usaha dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Sifat mudah menyerah kalah tidak sepatutnya ada pada seorang Islam yang beriman kepada Allah dan meyakini kemampuan dimiliki untuk berdepan apa juga ujian mendatang. Di sebalik kesusahan akan ada kesenangan. (sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sifatputusasatakadajikapercayaqada_qadar/Article)

Monday, June 11, 2012

Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba

Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba - Irsyadee + Hafiz Hamidun Hati Hiba Mengenangkan Dosa Dosa Yang Ku Lakukan Oh Tuhan Maha Kuasa Terima Taubat Hamba Berdosa Ku Akui Kelemahan Diri Ku Insafi Kekurangan Ini Ke Kesali Kejahilan Ini Terimalah (3x) Taubatku Ini Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan Di Hamparan Ini Ku Meminta Moga Taubat Ku Diterima Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-taubat-seorang-hamba-irsyadee.html#ixzz1xT3dakJT

http://www.youtube.com/watch?v=-2dOpEohwo4&noredirect=1

Doa Seorang Kekasih

Doa Seorang Kekasih Album : In-Team'04 Munsyid : In-Team http://liriknasyid.com Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan Dia milikku, tercipta untuk diriku Satukanlah hatinya dengan hatiku Titipkanlah kebahagiaan Ya Allah, ku mohon Apa yang telah Kau takdirkan Ku harap dia adalah yang terbaik buatku Kerana Engkau tahu segala isi hatiku Pelihara daku dari kemurkaanMu Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah Beri kekuatan jua harapan Membina diri yang lesu tak bermaya Semaikan setulus kasih di jiwa Ku pasrah kepadaMu Kurniakanlah aku Pasangan yang beriman Bisa menemani aku Supaya ku dan dia Dapat melayar bahtera Ke muara cinta yang Engkau redhai Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih Engkau sahaja pemeliharaku Dengarkan rintihan hambaMu ini Jangan Engkau biarkan ku sendiri Agarku bisa bahagia Walau tanpa bersamanya Gantikanlah yang hilang Tumbuhkan yang telah patah Ku inginkan bahagia Di dunia dan akhirat PadaMu Tuhan ku mohon segala Lagu : Abai Os (Hijjaz Records) Lirik : Abai Os (Hijjaz Records) Penerbit : Faizal Osman Penyusun Muzik : Firdaus Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.