Sunday, February 17, 2013

Mekkah ... sesungguhnya Allah maha mengetahui



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Demi Allah! Sesungguhnya Mekah ialah sebaik-baik negeri dan tempat paling disayangi Allah." (Hadith dari Abdullah bin Adi bin Hamra).
Malah, tanah suci adalah tempat dijamin Allah sebagai tempat mustajab berdoa. Sememangnya dalam hidup setiap pesakit, doa merupakan 'penawar' terpenting dalam berjuang untuk sembuh.
Rasulullah saw bersabda. "Al-Multazam itu tempat dikabulkan doa. Apa saja doa dan permohonan hamba di tempat ini InsyaAllah dikabulkan". (Hadith daripada Ibnu Abbas).
Tanah suci telah dibuka oleh Nabi Ibrahim a.s., merupakan tempat para rasul serta tempat lahir Rasulullah s.a.w, justeru ia mempunyai barakah tersendiri melebihi tempat lain di dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 125, "Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Kaabah) tempat berkumpul dan tempat yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang iktikaf, orang yang rukuk dan orang yang sujud!".
Sebagai kesimpulan, Mekah adalah tempat sangat berkat dan mustajab berdoa. Tiap apa yang dihajatkan, asal dengan hati ikhlas akan dikabulkan.  
Melalui kursus haji bersiri yang dihadiri berikut adalah tempat mustajab berdoa iaitu ; 


  1. di dalam Ka'bah
  2. Hajar Aswad,
  3. Rukun Yamani,
  4. di bawah talang mas (Mizab),
  5. Hijir Ismail,
  6. Multazam,
  7. di belakang Maqam Ibrahim,
  8. sumur Zamzam,
  9. Masy'aril Haram,
  10. di atas bukit Sofa,
  11. di atas bukit Marwah,
  12. di tempat wukuf Arafah,
  13. ketika jumrah aqabah,
  14. ketika jumrah wustha, dan
  15. saat jumrah ula

No comments: