Tuesday, January 1, 2013

Kampung Masjid, 34510 Batu Kurau Perak

 Mohon Sumbangan Pembinaan Masjid TOH PADUKA, Kampung Masjid Ijok Maybank Islamic Berhad Account No.: 158211706738. Mohon buat semua yang berkemampuan bagi menabah Saham akhirat anda untuk memberikan sunbangan yea.. jangan malu dan jangan segan. Terima kasih didahulukan bagi pihak kariah masjid...
 Gambar di bahagian hadapan masjid. Gambar diambil dah hampir jam 5.30 pm selepas hujan... heheh gelap le sedikit
 Dewan terbuka di kampung Masjid Ijok. Boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. Disini juga ade pekan Jumaat (panggilan penduduk kampung) pada pagi setiap hari Jumaat sehingga 11.00 am lebih kurang . Serta pasar tani pada hari Rabu malam sehingga jam 10.00 malam. Boleh le datang mendapatkan pelbagai kerperluan rumah seperti ikan, sayur dan barangan runcit lain serta pakaian.

 Gambar di atas adalah bangunan Tadika Islam yang telah dirobohkan atapnya dan di bawah adalah bangunan baru yang sedang dibina. Semoga kana-kanak di sini mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kerana disinilah juga aku mendapat pendidikan awal di zaman kanak-kanak.


 Sekarang dah ada sekolah Pra sekolah di sini. Heheh...

 Sekolah Hj. Wan Jaafar, Kampung Masjid Ijok. Pendidikan di peringkat sekolah rendah dari tahun satu sehingga ke tahun 6. Semoga semuanya mendapat pendidikan yang berguna buat bekalan di masa akan datang. Rebutlah peluang mencari ilmu.
 Dewan tertutup. Jika berminat hendak menggunakannya bolehlah berurusan dengan Majlis Daerah Selama.
 Pejabat Pertanian Mukim Ijok. Mengawal setia aktiviti dan kemudahan pelbagai perkara berkaitan bidang pertanian di kawasan ini.
Pejabat Penghulu Mukim Ijok. Dibawah pentadbirannya ada beberapa kampung seperti Kg. Masjid, Kg. Sungai Jernih, Kg. Teras, Kg. Kelian Gunung, Kg. Bendag Luas dan kampung-kampung lain yang tidak dapat nak dinyatakan. Kenalah pergi buat kajian di pejabat ini kalau nak tahu lebih lanjut... hehhe 
 Dewan terbuka yang telah dimaklumkan..sebelum nie...Semoga dengan pembinaan bangunan kedai baru di sini berjaya menaik taraf kawasan ini. Kalau boleh binalah sekolah berasrama penuh dan juga universiti di kawasan ini supaya lebih maju dengan pembangunan...



Mengikut alamat pos itulah alamatnya. Tapi mengikut pentadbiran tanah kawasan ini adalah di bawah pengawasan Pejabat Tanah dan daerah Selama Perak. Manakala dari segi politik pula dulunya DUN Batu Kurau dan kini DUN Kubu Gajah dan Parlimen : Larut. Perkampungan yang masih jauh dari kepesatan pembangunan tetapi mempunyai infranstruktur yang mencukupi untuk pelbagai aktiviti. Bagi mereka yang nak menderma elok le.. sebab masjid TOH Paduka di Kampung masjid ini memerlukan bantuan bagi membina semula bangunan. SAHAM AKHIRAT .. sama-samalah kita rebut peluang ini.

4 comments:

Unknown said...

Masih ada lagi bangunan kedai-kedai lama yang dulunya kedai Cina Ah Kin, Ah Wa, kedai kopi Alias dan kedai kopi Benggali Dollah. Teringat kembali masa dulu-dulu.

Unknown said...

Ada g tp loni demo boh cat bru dh...wano wani weh pekain ijok loni,,mumo soh kak yati amik gbr hat tebaru boh dalain nie,,bie demo thu pekain ijok dok macain dlu doh...ijok my town masak megi boh pucuk salain sedat ooo ddd

Mohd fuzi said...

Huh..ni loghat Jok ka loghat pate besar

Unknown said...

Dah lama tak kelik Ijok
Rindu sokmo