Sunday, December 16, 2012

Jalan-jalan di Kuala Lumpur

 Bagi yang berminat nak membeli belah ni boleh le ke kompleks Sogo nie. Senang nak sampai pun .. sebelahnya ada bus stop dan juga stesyen LRT Bandaraya. Kalau nak naik Komuter pun boleh.. turun saja di Stesyen Bank Negara. Naik jea.. jejantas yang disediakan dah sampai di Sogo nie. Sentiasa ada sale... nak beli atau tak nak beli jea..


Bunga-bunga nie... bukan oroginal yea.. Plastik jea. Boleh pergi SSF di Jalan TAR. Tapi katanya nak pindah tempat .. masa nie sale dia banyak sehingga 70% sebab nak pindah ... belilah kalau berkenan.

 Gambar tempat solat wanita di Masjid India Jalan TAR. Didepannya banyak gerai yang menjual pelbagai baju, tudung dan barangan juga. Jalan-jalan juga. Sampai masa solat jangan lupa yea!!! Allah s.w.t dah berikan kenikmatan dan kesihatan untuk berjalan dan kemampuan kewangan membeli belah nie... jangan lupa kepada yang maha mencipta yea... Tempat solat selesa ..cuma kalau petang sabtu sedikit sesak di sini kerana ada pasar malam di jalan TAR nie..


 Boleh melawat Central Market kalau berkesempatan. Dapat key-chain dan lain-lain kraftangan yang menarik disini. Boleh menaiki bus ataupun LRT dan turun di stesyen Pasar Seni.
 Pertama kompleks nie banyak jual hp.. kalau nak beli hp boleh le.. tapi kena pandai bargain yea.. dan jangan tertipu.
 Medan Mara nie pun boleh pergi kalau anda mencari baju untuk di beli ataupun jika anda ingin menghantar kain untuk di jahit. Harganya ikut le kedai mana yang anda masuk yea.. kalau butik tu mahal le sikit.Kalau nak buat tempahan kad kahwin dan lain-lain perkhidmatan juga ada. Malah kalau lenguh dah berjalan boleh dapatkan urutak kaki di sini.
Ini gambaran di Stesyen komuter Kuala Lumpur. Nak naik ETS pun boleh di sini. Malah kalau anda nak ke Masjid negara, Pusat kesenian Islam, Stesyen TV al Hijrah pun boleh turun di stesyen ini. Cumanya kena jalan kaki le sikit keluar tu.. barule sampai ke tempat yang dimaksudkan.. hehe dari sini pun boleh jalan ke stesyen LRT Pasar seni dan ke Central Market tadi... hehhe
 Salah satu pawagam lama yang masih ada di KL. Lokasinya berhampiran Chow Kit.

 Inilah pintu masuk ke tanak perkuburan Islam yang telah dinaik taraf oleh kerajaan daripada mentaliti tanah perkuburan yang semak samun kepada taman yang cantik dan indah. Malah dah masuk satu program TV baru-baru ni. Dimaklumkan bahawa akan dipasangkan bacaan al-quran juga di sini. Tanah perkuburan di sini amat menarik seperti taman yang terhias indah.


 Taman Tasik Sri Gombak satu lagi tempat rekreasi yang boleh dikunjungi dan boleh beriadah. Lokasinya berhampiran masjid al Khairiyah Sri Gombak. Bila masuk waktu solah boleh pergi masjid dan tunaikan solat... hehhe
 Capital Square... satu lagi tempat kalau anda ingin mencari alatan seperti komputer dan teknologi selain Low Yat.
 Bangunan nie.. sentiasa ada burung di situ... hehhe tak pernah burung ini lari dari sini kecuali bile ada orang yang tanggalkan burung berkenaan.
 Tempat yang penting di KL ialah Pudu Sentral terutama bagi mereka yang tinggal di utara tanahair. Kerana disinilah perkhidmatan bus ke utara disediakan. Dulu dikenali stesyen bas Puduraya. Kat dalam nie... juga pelbagai kemudahan disediakan termasuk kedai kain 1Malaysia dan juga kedai buku 1Malaysia.
 Bangunan mahkamah lama ditengah bandar KL dan berhampiran Dataran Merdeka.
 Hospital bagi mereka yang menghidapi penyakit tibi. Lokasinya di jalan Pahang dan berhampiran dengan Hospital Tawakal lama dan baharu. Belakan nie juga ada Restoran Haslam dan koperasi tentera.
Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur nie. Nak membeli belah atau nak berjalan sahaja ataupun nak mencari barang keperluan. Semuanya ada. Apa yang penting RM cukup untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Kalau tak ada boleh lihat sahaja... hehehe ok juga tu survey harga... betul ke jualan murah ni betul-betul murah atau satu propaganda?

1 comment:

Unknown said...

assalam,tahu tak nak pegi taman tasik gombak dari uia naik public transport mcm mana? :)