Wednesday, December 7, 2011

Bersih zoo tak popular’



SUAP...pelajar Umtech, Ain Nadia Zakaria (kiri) dan Nurhaliza Kamaludin memberi makan kepada kura-kura spesies Aldabra.
AMPANG: “Remaja sekarang fikir buat aktiviti amal seperti bersihkan zoo tidak popular,” kata pelajar dari University of Management and Technology (Umtech), Ahmad Suhaimi Sanny Toh, 20, apabila ditanya sama ada dia mengajak rakannya untuk melakukan aktiviti sukarelawan di Zoo Negara, di sini, semalam.

Menurutnya, ini pertama kali dia menyertai aktiviti seumpama itu selepas mendapat peluang daripada pensyarahnya jika tidak mana mungkin dia mahu melakukan kerja khidmat masyarakat lebih-lebih lagi tidak mendapat sokongan rakan.


“Tanggapan saya berubah selepas melakukan kerja membersihkan kandang haiwan kerana pada mulanya saya anggap busuk dan kotor, tetapi tidak seteruk mana.


“Jika suatu hari nanti pihak zoo menghubungi dan minta saya datang menolong mereka melakukan aktiviti seperti ini, saya tidak tolak,” katanya.


Sementara itu, Pensyarah Umtech, Normaziah Che Musa, 37, berkata tujuan beliau melakukan aktiviti itu untuk melatih pelajarnya mengenai kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, keyakinan diri dan pemikiran kritikal selain mendedahkan realiti cara mengurus dan mentadbir sesebuah organisasi.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/articles/2011112902590720111129025907/Article

No comments: