Tuesday, June 12, 2012
Sifat putus asa tak ada jika percaya qada, qadar
Oleh Norul Aida Mohd Nor
bhagama@bhariian.com.my
2012/06/13
MUDAH menyerah kalah adalah sifat mudah berputus asa yang wujud dalam diri seseorang apabila ditimpa pelbagai ujian. Sifat sebegini boleh melemahkan iman seseorang hamba dan oleh itu kita digalakkan mencontohi sifat Rasulullah SAW.
Ujian diturunkan Allah kepada hamba-Nya berbeza kerana ada diuji dengan kegagalan, penindasan, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan serta dosa. Sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian batu loncatan yang mengubah nasib menjadi yang baik kepada lebih baik daripada sebelumnya. Seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan. Rasulullah SAW dan sahabat sentiasa bersemangat serta bersungguh-sungguh berdepan dengan ujian. Baginda tidak pernah berputus asa menyebarkan agama Islam walaupun mendapat tentangan daripada orang kafir.
Baginda juga turut diuji dilahirkan sebagai yatim piatu, kemiskinan sehingga terpaksa menjadi pengembala kambing, kematian datuk, pak cik, isteri, anak lelaki dan banyak lagi peristiwa menduga keteguhan imannya. Walau apa juga rintangannya, Baginda tetap bersabar dan berdoa kepada Allah.
Orang yang mudah menyerah kalah dan berputus asa adalah seorang yang tidak sabar, tidak mensyukuri rahmat, nikmat serta tidak reda dengan takdir Allah. Justeru, hendaklah kita sentiasa tenang dan berlapang dada menempuh ujian.
Sebaliknya, seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan.
Pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya sangat luas.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)
Allah sentiasa membuka pintu taubat dan mengampuni hamba-Nya yang melampaui batas terhadap diri mereka. Walaupun melakukan maksiat atau melanggar perintah-Nya, mereka tetap diberi peluang bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.
Oleh itu, apabila tersedar daripada dosa yang dilakukan, kita haruslah bersegera memohon keampunan Allah kerana orang yang diselubungi dosa akan sentiasa merasa gelisah serta tidak bahagia hidupnya di dunia dan akhirat nanti.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada yang menimpa seorang mukmin daripada bala bencana ataupun kesukaran dan kerunsingan sehingga duri yang menyucuknya melainkan Allah akan menebus dengannya segala dosa-dosanya.”
Seseorang yang reda dengan qada’ dan qadar pastinya tidak mudah menyerah kalah. Jika ditimpa kesulitan, mereka akan menerimanya dengan tabah kerana sedar ada orang lain yang lebih sulit daripada dirinya.
Kita perlu sedar setiap ujian atau cabaran pasti ada jalan keluar. Justeru, buang sifat mudah putus asa dan berusaha membina keyakinan diri dengan menyemai sifat sabar melalui contoh ditunjukkan Rasulullah SAW.
Sifat mudah putus asa hanya menunjukkan kelemahan kita yang akan menjejaskan imej Islam apabila orang Islam dikaitkan sebagai yang lemah. Teruskan usaha dan sentiasa bertawakal kepada Allah.
Sifat mudah menyerah kalah tidak sepatutnya ada pada seorang Islam yang beriman kepada Allah dan meyakini kemampuan dimiliki untuk berdepan apa juga ujian mendatang. Di sebalik kesusahan akan ada kesenangan.
(sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sifatputusasatakadajikapercayaqada_qadar/Article)
Monday, June 11, 2012
Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba
Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba - Irsyadee + Hafiz Hamidun
Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa
Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini
Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan
Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/lirik-taubat-seorang-hamba-irsyadee.html#ixzz1xT3dakJT
Doa Seorang Kekasih
Doa Seorang Kekasih
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Monday, May 14, 2012
Thursday, March 1, 2012
Mohon Maaf....
Mohon maaf, akui kesalahan, pamer sifat orang bertakwa
Oleh Ibrahim Abdullah
2012/03/02
MEMOHON maaf dan mengakui kesalahan bukan mudah. Setiap orang sering mengalami hal itu. Ramai mengalami masalah untuk berkata maaf kerana mahu menjaga imej, maruah dan malu.
Bahkan ada segelintir orang yang berasa tidak perlu memohon maaf dan mengakui kesalahan kerana berasa kedudukannya yang lebih tinggi. Dalam Islam sikap memaafkan kesalahan orang lain adalah satu ciri orang bertakwa. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya pada waktu lapang atau sempit dan orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang berbuat kebajikan.” (Surah al-Imran, ayat 133-134). Dalam sejarah dicatatkan, selepas pembebasan kota Makkah di hadapan orang yang selama ini gigih memusuhinya, Rasulullah SAW berkata: “Wahai orang Quraisy, menurut pendapat kamu sekalian apakah yang akan aku lakukan terhadapmu sekarang?” Jawab mereka: “Yang baik-baik. Saudara kami yang pemurah. Sepupu kami yang pemurah.” Mendengar jawapan itu Nabi kemudian berkata: “Pergilah kamu semua, sekarang kamu sudah bebas.”
Dengan pengampunan dan pemberian maaf itu, jiwa Nabi melampaui kebesaran dimilikinya, hilang rasa marah, dengki dan dendam dalam hati, menunjukkan bahawa baginda bukanlah manusia yang mengenal permusuhan, atau akan membangkitkan permusuhan dalam kalangan umat manusia.
Memberikan kedudukan tinggi kepada pemberi maaf kerana sifat pemaaf adalah sebahagian daripada akhlak luhur yang harus menyertai seorang Muslim bertakwa. Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah asy-Syura, ayat 40).
Daripada Uqbah Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Uqbah, bagaimana jika aku beritahu kepadamu mengenai akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama?” Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi terhadap orang yang tidak mahu memberi kamu dan maafkanlah orang yang menzalimi dirimu.” (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baghawi).
Dalam buku Forgive for Good (Memaafkan demi kebaikan), Dr Frederic Luskin, menjelaskan sifat pemaaf sebagai resipi yang terbukti bagi kesihatan dan kebahagiaan.
Buku itu memaparkan bagaimana sifat pemaaf memacu keadaan baik dalam fikiran seperti harapan, kesabaran dan percaya kepada diri sendiri, dengan mengurangi kemarahan, penderitaan, lemah semangat dan stres.
Menurut Luskin lagi, kemarahan yang tidak dapat dikawal boleh merosak sistem suhu dalam tubuh dan boleh membakarnya lalu menjadikannya sulit berfikir secara waras malah akan memburukkan keadaan seseorang.
Kesimpulannya, setiap manusia di dunia pasti mempunyai kesalahan tetapi hanya yang berani saja mahu mengakui kesalahannya. Setiap manusia di dunia pasti pernah disakiti hatinya. Hanya yang berjiwa kesatria yang mampu menjadi pemaaf.
Diambil dari:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Mohonmaaf_akuikesalahan_pamersifatorangbertakwa/Article

Monday, January 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)