Friday, March 30, 2018

Kelantan Darul Naim - Part 1

Perjalanan Ke Kelantan kali ini adalah sebahagian dari mini reunion kawan-kawan lama yang pernah tinggal di Kolej Penginapan Petronas, UUM. Namun bukan itu yang ingin dikongsikan tetapi perjalanan ke tempat tempat yang menarik di sana.

Perjalanan bermula di Ketereh, Kelantan.
Gambar ini di ambil sepanjang berada di kampung berkenaan. Untuk mengenali alam dan pokok-pokok di sana.


Pokok ini adalah pokok daun palas. Siapa yang pernah makan ketupat palas? Inilah rupa pokok berkenaan.


Pokok ini pula, kegunaannya adalah pada bunga. Iaitu sebagai pewarna biru pada nasi kerabu. Nama pokok ini bunga telang (butterfly blue pea).



Ini pula bunga di pokok durian. Kalau lekat... sedapnya... durian ...durian



Setelah penat berjalan. Barulah kami ke bandar Kota Bharu, Kelantan untuk check in hotel. Diamond Hotel. Kawasannya strategik kerana kalau ikut google map 10 minit jalan kaki ke Pasar Siti Khadijah.



Ini suasana dalam bilik untuk standard room.


No comments: