Wednesday, March 1, 2017

Perjalalan KL-Bali-Lombok- Gili Trawangan (Pulau di Lombok) –Lombok-KL

Aktiviti
Maklumat & Nasihat Perjalanan
(Harga yang diletakkan berdasarkan nego dan semasa- mungkin ada perubahan)
Tiba di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali

Disambut oleh Supir

Makan Malam di Restouran Ayam Tulang Lunak Maliboro, Jln Kediri, No.51, Kuta Bali (Tel: 0361 759192)

Menginap di Hotel Bakung Beach Resort


Pak Yanto (Tel: +62817556488)
IDR 910 000




RM 69






Melawat Kintamani Volcano & Makan Tengahari di restoran
Tiket Masuk :IDR 65,000
Makan tengahari buffet: IDR 160 000 (seorang)




Tegalalang (Padi Bukit)
Tiket Masuk : IDR 65 000

Nasihat: Kalau nak sampai bukit kedua… sila menderma seikhlas hati



Pekebunan Kopi
Boleh rasa semua jenis minuman yang disediakan. Selepas itu kalau berminat boleh le beli. Harga bergantung kepada tempat yang anda singgah dan jenis kopi.




Singgah di
Sari Amerta Batik Collection
Batubulan, Gianyar-Bali
Boleh dapatkan kain batik dan batik lukisan tangan. Harga bergatung kepada anda. Mana yang menarik.



Melawat Yan Yan Silver
Kalau beminat dengan gelang, cincin, buah rantai dan lain-lain yang berasaskan silver.



Melawat Kampung Painting

Melihat lukisan dan jualannya






Makan Malam di Jimbaran (Restouran Kedua)

Jukung Bali Seafood
Pilih menu ikut kemampuan anda untuk membayarnya. Sila lihat harga yang diletakkan pada menu.




Beli Suvernior di Agung Bali
Murah harga barang di sini.




Balik semula ke hotel –
Hotel Bakung Beach Resort
Tempatnya strategik di belakang shooping mall dan ada kedai makanan halal berdekatan. 3 minit jalan kaki jea. Boleh le mengalas perut anda.

Aktiviti Snorkling, Badung- Glass Bottom Boat, Melawat Pulau Penyu
Tanjung Benoa

IDR 500 000 Snorkling (perperson)
Glass Bottom Boat IDR 300 000 (perperson
Boat private




Pantai Pandawa
IDR 10 000 (perperson)


Perjalanan dari Pantai Pandawa ke Pelabuhan Padang Bai untuk ke Lombok
Mengambil masa lebih kurang 3 jam

Tambang feri : IDR 40 000 (perperson)

Nego supir untuk ke penginapan sebab tiba di Lombok dah malam. Menaiki feri lebih kurang 5 jam perjalanan. Menarik berada di luar menikmati pemandangan laut dan sunset. IDR 300 000





Tiba di pelabuhan Lembar
Nasihat: Memang perlukan supir menunggu anda di sana. Lebih mudah untuk perjalanan. Keluar dari pelabuhan agak jauh untuk ke kereta. Tambahan pula jika sampai lewat malam.

Krishna Bunglows & Restouran
Jalan raya Sekotong, Batu Leong, Sekotong Barat-Lombok Barat (081803694450)
Walaupun jauh dari Lembar tetapi penginapan yang selesa dan sangat hospitality. 5 bintang.

Pemandangan yang tidak dapat dinikmati di tempat-tempat lain. Berbaloi dengan perjalanan. Jika anda memang berminat dengan keindahan alam dan ketenangan disinilah tempat yang sesuai.

IDR 122 500

Dijemput oleh supir yang telah dibooking awal Tel : +62817 5799001 Asriel Haryadi

IDR 3 000 000





Pelabuhan Bangsal
Dihantar terus oleh supir ke tempat boat yang telah disewa khas untuk ke Gili Trawangan. Sewa bot ini pergi- balik. Kos sewa bot dan perjalan di Lombok telah termasuk dalam kos yang dibayar kepada supir. Tidak melalui pelabuhan.

Gili Trawangan
Menyewa basikal bagi memudahkan perjalanan di kawasan pulau

IDR 50 000 sehari (1 basikal)

Aktiviti di sini terpulanglah kepada anda. Sekadar berbasikal, snorkeling, mandi laut, naik kuda padi (keliling pulau) atau apa sahaja. Terpulang kepada kesukaan anda.

Boleh melihat sunset di kawasan yang telah disediakan.

Makan malam kami haya di pasar malam berhampiran dengan jeti. Harga berpatutan. Mengikut kesukaan anda.



Ricel Homestay, Gili Trawangan
Nasihat: Google dulu map, lukis lah peta macam zaman dulu-dulu. Tengok landmark. Atau gunakan telefon anda untuk melihat lokasi tempat penginapan. Kalau anda tinggal di hotel mewah, pasti mudah mencarinya.





Balik semula ke Pulau Lombok dari Gili Trawangan
Supir sudah menunggu.
Singgah di Air terjun Sendang Gile dan Tiu Kelep, Lombok Utara, Bayan
Nasihat: Adalah lebih baik anda bersedia dengan slipper (kasut yang sesuai mendaki dan juga boleh basah). Pakaian anda juga perlulah selesa dan sanggup basah. Sediakan pakaian salin/ ganti supaya anda tidak kesejukan selepas melawat dua air terjun yang menarik ini. Boleh cuba utuk keluar melalui terowong air yang menarik perjalanannya. Sejuk dan lebih mudah kerana tak perlu menurunni tangga. Gelap, tetapi disediakan jurupandu cilik yang ada lampu suluh. Berilah duit kepada mereka (anak-anak) yang berusaha ini.







Puji Homestay, Mataram Lombok
Memilih tempat yang berdekatan dengan Mall, supaya boleh shooping. Setelah berpenat dengan aktiviti lasak. Jalan kaki sahaja sehingga mall ditutup.

Pusar Ole-ole, Lombok Barat, Meninting
Beli lagi ole-ole untuk dibawa balik.

Makan RM Nada Alam Nyaman, Jln. Adi Sucipto. No. 15A, Ampenan Utara, Mataram, Lombok
Makanan yang sedap dan menyelerakan.
Taman Narmada, Lembuak, Lombok Barat
Boleh membuat aktiviti flying fox.
Nasihat: Bagi penganut Islam, fikirkan landasan anda sebagai umat Islam dalam menentukan tindakan.


Industri Kerajinan, Sukarara, Jonggat Lombok Tengah,
Melihat aktiviti menenun.


Kute, Lombok Tengah

Pulau- Sengkol
Pantai, bukit dan laut yang indah. Masih terjaga alamnya di sini. Semoga pembangunan yang dilakukan tidak menganggu alam semulajadi yang indah ciptaan Allah.

Dalam perjalanan balik ada Kuta Mandalika.





Restouran Anda, Kute Beach
Makan tengahari. Lihat menu berdasarkan kesukaan anda.

No comments: