Analisa
kajian kandungan akhbar online sebelum dan selepas Pilihanraya ke-13.
Rusniyati Binti
Mahiyaddin
Abstrak
Tuntutan
demokrasi berparlimen di Malaysia adalah pilihanraya perlu diadakan setelah
lima tahun sekali bagi memilih pemimpin yang mewakili rakyat untuk memimpin
negara. Justeru pelbagai isu diperkatakan oleh semua pihak yang terlibat bagi
memenangi hati rakyat sebelum membuat keputusan untuk memilih siapakah yang
layak untuk memimpin negara bagi penggal lima tahun berikutnya. Kajian
dilakukan bermula pada 29 March 2013 sehingga terbentuknya kerajaan baru
selepas pilihanraya ke-13. Pemilihan tarikh ini dilakukan kerana pada 28 March
2013 Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar dengan
sendirinya kerana telah tamat tempoh. Ini bermakna isu yang diperkatakan oleh
semua media selepas tarikh ini adalah menjadi agenda penting untuk menentukan
keputusan undian bagi pengundi. Kajian dilakukan bagi menganalisa kandungan isu
politik yang diperkatakan oleh semua media kajian yang terpilih iaitu
Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Harakah Daily, Malaysia Kini dan
Keadilan Daily yang berbahasa Melayu. Diharapkan kajian ini dapat memberikan
sumbangan kepada pihak yang terlibat dalam menentukan isu yang menjadi
keutamaan kepada masyarakat dalam menentukan kejayaan dalam pilihanraya Umum
ke-13 (PRU-13).
Kata kunci: Pilihanraya Umum Ke-13, Akhbar Online.
No comments:
Post a Comment