Wednesday, March 27, 2013

Hukum Eutanasia atau Mercy Killing


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Eutanasia atau Mercy Killing. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menghentikan hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan menggunakan apa-apa cara dan bersandarkan kepada apa-apa alasan adalah haram dan dilarang oleh Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia(samada Eutanasia Voluntary, Non-Voluntary atau Involuntary) atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan dengan Etika Perubatan di Malaysia.
 
Keputusan ini adalah selaras dengan Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’, ayat 92 yang bermaksud: “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...” dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh an-Nasa’ie yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap redha Allah)”.
 
Muzakarah juga menegaskan bahawa tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang dan berdosa.
 
Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, Muzakarah memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan tersebut adalah dibenarkan oleh Islam kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan. Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan (conventional treatment) diteruskan adalah dibenarkan oleh Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing yang diharamkan.
 
Walaubagaimanapun, jika rawatan/alat bantuan sokongan tersebut digunakan untuk tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut/memberhentikannya adalah tidak dibenarkan.
 
Dalam kes-kes di mana pakar perubatan berhadapan dengan situasi di mana pesakit perlu berdepan dengan dua pilihan, sama ada meneruskan rawatan walaupun berkemungkinan memberi kesan sampingan yang boleh menyebabkan kematian atau terus berada dalam keadaan kesakitan yang berterusan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus bagi pakar perubatan memberikan rawatan/ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat penahan sakit) walaupun berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa pesakit.
 
Sehubungan itu selaras dengan kaedah fiqh: الضرورات تبيح المحظورات iaitu ‘dalam keadaan darurat, setiap perkara yang ditegah dibolehkan’, amalan Eutanasia Indirect atau Double-Effect Medication boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi memastikan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikawal dan pelaksanaannya tidak langsung bertujuan untuk mempercepatkan kematian.
 
Muzakarah juga memutuskan bahawa dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh pakar, maka akan thabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh syarak. Justeru, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris-waris terdekat selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan organ.
 
Sumber :http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-eutanasia-atau-mercy-killing

Tuesday, March 26, 2013

School of Foundation and General Studies : Unitar International University



Research Publication List


Year 2006


Khairul Hamimah Mohammad Jodi, Sharliana Che Ani, Sofia Elias & Rusniyati Mahiyaddin. (2006). Pelaksanaan E-Pembelajaran di IPTS: Satu Pengalaman di UNITAR. Seminar E-Pembelajaran : Peningkatan Kualiti Dalam Pendidikan Tinggi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 9 - 10 December 2006.

Year 2008


Khairul Hamimah Mohd Jodi, Rusniyati Binti Mahiyaddin, Penggunaan Bahasa Melayu Membentuk Jatidiri Pelajar . Satu Kajian Kes di UNITAR. Prosiding, Seminar Antarabangsa Dialek-dialek Austronesia di Nusantara III, Universiti Brunei Darussalam. 24 – 26 January 2008.

Sharliana Che Ani, Sofia Elias, Rusniyati Mahiyaddin, Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis Ke Arah Pembangunan Modal Insan : Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS. Prosiding,  Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008.

Rusniyati Mahiyaddin, Pilihanraya ke-12: Satu Perubahan di Malaysia, Prosiding, Seminar Politik Malaysia, UiTM Sabah. 28-30 Oktober 2008.

Year 2009


Khairul Hamimah Mohd Jodi, Faridah Che Hussein, Rusniyati Mahiyaddin, Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Mempereratkan Hubungan Etnik Di Malaysia: Kajian Kes Terhadap Pelajar Kursus Pengajian Umum Di UNITAR, Prosiding, Pertemuan Linguistik UTARA  6 Seminar  Internasional, Iniversitas Sumatera Utara, Medan Indonesia. 2-3 March 2009.

Sharliana Che Ani, Sofia Elias, Rusniyati Mahiyaddin, Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis ke arah Pembangunan Modal Insan: Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS, Prosiding, Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2009), Kolej Teknologi Darul Naim Kelantan, 23-24 Mac 2009.

Rosalyne Gelunu & Rusniyati Mahiyaddin, Pendidikan Wahana Hubungan Diplomatik Malaysia-China, Prosiding, Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Beijing, China. 31 Mei-3 Jun 2009.

Norazimah Zakaria, Rusniyati Mahiyaddin & Siti Nor Amira Baharudin, Cerita Mitos Cina dan Cerita Mitos Melayu : Satu Kajian Perbandingan, Prosiding, Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Beijing, China. 31 Mei-3 Jun 2009
Rusniyati Mahiyaddin, Sharliana Che Ani, Dasar Ekonomi Baru (DEB) : Masalah dan Cabaran Dalam Pembasmian Kemiskinan, Prosiding, Seminar Dasar Malaysia, Dasar Sebagai Landasan Pembangunan Bangsa dan Negara, UiTM Sabah, 6-8 Oktober 2009.
ISBN : 978-967-305-415-2 (Jil.II)

Norazimah Zakaria, Rusniyati Mahiyaddin, Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Mempereratkan Hubungan Etnik Di Malaysia: Kajian Kes Terhadap Pelajar Kursus Pengajian Umum di Unitar dan Masterskill University College of Health and Science, Seminar Linguistik Dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-V, 17-18 November 2009.DBP, Kuala Lumpur

Year 2010

Sharliana Che Ani , Sofia Elias dan Rusniyati Mahiyaddin,  Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis Ke Arah Pembangunan Modal Insan : Satu Kajian Awal  Di Sebuah IPTS. Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2010) Kolej Teknologi Darul Naim 5-6 Oktober 2010: Tempat Danau UKM.

Sharliana binti Che Ani & Rusniyati Mahiyaddin, Penilaian Terhadap Pemahaman dan Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Gagasan 1Malaysia: Kajian Awal Di Sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2010)Kolej Teknologi Darul Naim 5-6 Oktober 2010: Tempat Danau UKM.

Sofia Elias, Rusniyati Mahiyaddin dan Sharliana Che Ani, Sekolah Khas Bagi Pelajar Hamil, Jawapan Kepada Isu Pembuangan Bayi: Persepsi Umum. Seminar Psikologi Kebangsaan 2010, 28 Oktober 2010-29 Oktober 2010, Universiti Malaysia Sabah.


Sharliana Che Ani, Sofia Elias dan Rusniyati Mahiyaddin,  Penilaian Terhadap Takrifan Dan Pemahaman Pelajar Dan Pensyarah Terhadap gagasan 1Malaysia: Satu Kajian Kes Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Seminar Kebangsaan 1Malaysia, 1-3 November 2010, Universiti Malaysia Sabah


Year 2012
Sharliana Che Ani, Sofia Elias, Rusniyati Mahiyaddin, Eliza Irdawaty Awang @ Nawi & Siti Noor Amyah Khasbullah Keberkesanan Pelaksanaan Kursus Wajib di Universiti. Regional Conference Cross Cultural Communication and National Integration (RECCNI 2012), 19-21 June 2012, Palace of Golden Horses, Selangor.

Rusniyati Mahiyaddin  dan Sharliana Che Ani ,Persepsi Pelajar Berhubung Baucar Buku 1malaysia (Bb1m) Dalam Kalangan Pelajar Di Sebuah IPTS. Seminar Tiga Tahun Najib di Putrajaya. 13-15 September 2012, UITM Sabah.