Tuesday, January 1, 2013

Pulau Pinang, Kembara Sherpa dan Sungai Tukun

Salam pertemuan di tahun baru 2013 semoga tahun ini membawa keceriaan dan hajatku kesampaian InsyaAllah kerana telahpun mendapat surat tawaran. Alhamdulillah hampir 7 tahun menunggu. Namun bukan itu yang hendak diceritakan di sini. Oleh dek kerana cuti tahunan yang masih berbaki 10 hari terpaksa dihabiskan dalam tahun yang sama... boleh forward cuma tahun semasa jea.. aku mengambil peluang ini balik ke kampung halaman...

Apa yang bestnya adalah berjalan-jalan di Pulau Pinang tanpa perancangan terlebih awal. Samapai pun dah hampir jam 2.00 petang jadi tiga tempat jea yang dapat pergi iaitu Bukit Bendera, Taman Negara Pulau Pinang dan Masjid terapung.. singgah sebentar jea. heheh. Adalah le sidikit gambar yang diberikan...



 Nasihat buat yang hendak ke Bukit Bendera nie.. kalau nak rasa suasana yang selesa baik le... datang awal pagi dan jangan sewaktu public holiday dan cuti sekolah. Kalau tidak... hanya di kaki bukit jea le jawabnya. Punyalah ramai orang beratur nak naik..Sampaikan ade orang yang cakap takde online ticket ke nak naik nie.. leh tempah awal dan tak yah beratur panjang??? hehhe... banyakkan bersabar yea...malah parking juga .. terpaksa beberapa kali tawaf sebelum dapat parking.. ikut nasib le...







 Satu lagi... tempat yang dilawati adalah Taman Negara Pulau Pinang. Dulu pergi ke Sungai Tukun Teluk Bahang nie.. kerana Kem Latihan Kembara oleh Unit Kokurikulum Kembara UUM. Sekarang tak de lagi dah KoKu nie.. Namun ia banyak mengajar erti kehidupan dan survival bukan sahaja di hutan tetapi juga dalam realiti. Kembara SHERPA UUM banyak meninggalkan kenangan. Kalau difikirkan balik... camne dulu gelap-gelap pun boleh jalan dah le bawa barang yang berat tapi sekarang nie jalan sikit pun dah tak larat. Malah disinilah kami menjalani Solo Camp. Heheh berkhemah sorang-sorang.. pandai-pandai le bina khemeh ke ... nak masak ke.. hidupkan api ke,,.. dan lain-lain le.. Pengalaman Manis .


Masjid Terapung ni menarik juga untuk dilawati. Rasanya terbuka kepada semua pelancung yang berminat nak melawat. Mungkin di bawah masjid di penuhi air jika air pasang. Sebab masa nie... nampak pasir hehhe..Alhamdulillah rumah Allah.

No comments: