UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu
bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan
yang baik dengan bahasa yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah
memohon kebaikan dengan restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik
anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah
kebaikan bukan keburukan.
Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai
masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan
masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak
seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang
ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat
atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.
Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang
dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang
paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan
menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan
penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.
Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin
Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah
senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu)
langit dan bumi".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment