Sunday, December 16, 2012

Jalan-jalan di Kuala Lumpur

 Bagi yang berminat nak membeli belah ni boleh le ke kompleks Sogo nie. Senang nak sampai pun .. sebelahnya ada bus stop dan juga stesyen LRT Bandaraya. Kalau nak naik Komuter pun boleh.. turun saja di Stesyen Bank Negara. Naik jea.. jejantas yang disediakan dah sampai di Sogo nie. Sentiasa ada sale... nak beli atau tak nak beli jea..


Bunga-bunga nie... bukan oroginal yea.. Plastik jea. Boleh pergi SSF di Jalan TAR. Tapi katanya nak pindah tempat .. masa nie sale dia banyak sehingga 70% sebab nak pindah ... belilah kalau berkenan.

 Gambar tempat solat wanita di Masjid India Jalan TAR. Didepannya banyak gerai yang menjual pelbagai baju, tudung dan barangan juga. Jalan-jalan juga. Sampai masa solat jangan lupa yea!!! Allah s.w.t dah berikan kenikmatan dan kesihatan untuk berjalan dan kemampuan kewangan membeli belah nie... jangan lupa kepada yang maha mencipta yea... Tempat solat selesa ..cuma kalau petang sabtu sedikit sesak di sini kerana ada pasar malam di jalan TAR nie..


 Boleh melawat Central Market kalau berkesempatan. Dapat key-chain dan lain-lain kraftangan yang menarik disini. Boleh menaiki bus ataupun LRT dan turun di stesyen Pasar Seni.
 Pertama kompleks nie banyak jual hp.. kalau nak beli hp boleh le.. tapi kena pandai bargain yea.. dan jangan tertipu.
 Medan Mara nie pun boleh pergi kalau anda mencari baju untuk di beli ataupun jika anda ingin menghantar kain untuk di jahit. Harganya ikut le kedai mana yang anda masuk yea.. kalau butik tu mahal le sikit.Kalau nak buat tempahan kad kahwin dan lain-lain perkhidmatan juga ada. Malah kalau lenguh dah berjalan boleh dapatkan urutak kaki di sini.
Ini gambaran di Stesyen komuter Kuala Lumpur. Nak naik ETS pun boleh di sini. Malah kalau anda nak ke Masjid negara, Pusat kesenian Islam, Stesyen TV al Hijrah pun boleh turun di stesyen ini. Cumanya kena jalan kaki le sikit keluar tu.. barule sampai ke tempat yang dimaksudkan.. hehe dari sini pun boleh jalan ke stesyen LRT Pasar seni dan ke Central Market tadi... hehhe
 Salah satu pawagam lama yang masih ada di KL. Lokasinya berhampiran Chow Kit.

 Inilah pintu masuk ke tanak perkuburan Islam yang telah dinaik taraf oleh kerajaan daripada mentaliti tanah perkuburan yang semak samun kepada taman yang cantik dan indah. Malah dah masuk satu program TV baru-baru ni. Dimaklumkan bahawa akan dipasangkan bacaan al-quran juga di sini. Tanah perkuburan di sini amat menarik seperti taman yang terhias indah.


 Taman Tasik Sri Gombak satu lagi tempat rekreasi yang boleh dikunjungi dan boleh beriadah. Lokasinya berhampiran masjid al Khairiyah Sri Gombak. Bila masuk waktu solah boleh pergi masjid dan tunaikan solat... hehhe
 Capital Square... satu lagi tempat kalau anda ingin mencari alatan seperti komputer dan teknologi selain Low Yat.
 Bangunan nie.. sentiasa ada burung di situ... hehhe tak pernah burung ini lari dari sini kecuali bile ada orang yang tanggalkan burung berkenaan.
 Tempat yang penting di KL ialah Pudu Sentral terutama bagi mereka yang tinggal di utara tanahair. Kerana disinilah perkhidmatan bus ke utara disediakan. Dulu dikenali stesyen bas Puduraya. Kat dalam nie... juga pelbagai kemudahan disediakan termasuk kedai kain 1Malaysia dan juga kedai buku 1Malaysia.
 Bangunan mahkamah lama ditengah bandar KL dan berhampiran Dataran Merdeka.
 Hospital bagi mereka yang menghidapi penyakit tibi. Lokasinya di jalan Pahang dan berhampiran dengan Hospital Tawakal lama dan baharu. Belakan nie juga ada Restoran Haslam dan koperasi tentera.
Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur nie. Nak membeli belah atau nak berjalan sahaja ataupun nak mencari barang keperluan. Semuanya ada. Apa yang penting RM cukup untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Kalau tak ada boleh lihat sahaja... hehehe ok juga tu survey harga... betul ke jualan murah ni betul-betul murah atau satu propaganda?

12.12.12

Tarikhnya cantik.. dan kebetulan inilah tarikh lahirku. Beberapa hari kemudian menurut bulan Islam pula 1.2.34 Hijrah... cuma mungkin ramai yang lupa tentangnya. Apapun sambutan hari lahir kali ini tiada apa-apa yang istimewa. Bagi mengigati tarikh ini beberapa gambar diambil..dan sekadar berjalan-jalan di Kuala Lumpur sahaja. :) sebabnya wapaupun bercuti tapi masih ke tempat kerja kerana kelas seperti biasa.



 Ribuan terima kasih kepada rakan yang memberikan ucapan melalui sms/ call/ facebook dan ftf hehhe... thanks a lots.

Thursday, December 6, 2012

I-City sambungan...











Menarik tak? Kalau nak rasakan situasi sebenar silalah ye Cuti-cuti Malaysia... macam-macam ada. :)

I-City Shah Alam

Bila tengok gambar lama-lama nie macam menarik jea.. terasa nak poskan juga. Kalau nak pergi malam jea..yang menarik. Kalau tidak.. nampak bangunan office jea le..ataupun pergi le shoping kain kat Jakel berhampiran. Hehe....








Cameron Highland, Pahang Malaysia









Salah satu tanah tinggi di Malaysia yang boleh dilawati dan menarik. Gambar ini dah beberapa tahun yang lalu. Cuma terasa nak poskan gambar bunga-bunga yang cantik ini buat tatapan semua. mungkin lebih menarik kalau pergi tahun nie...atau dah berubah keadaannya.

Wednesday, December 5, 2012

KUN FA-YAKUN .. (JADI MAKA JADILAH… ) 26 DISEMBER PERISTIWA YANG PERNAH BERLAKU



Entry ini bertujuan mengigatkan diri ini tentang betapa berkuasanya Allah S.W.T kerana pelbagai peristiwa boleh berlaku dengan kuasa Allah. Kerana apa sahaja yang diingini akan berlaku. Janganlah leka wahai diri ini.
Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ. الدخان: 10-11

Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (ad-Dukhan: 10-11)
Dalam hadits riwayat Muslim dari Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا أَوِ الدُّخَانَ أَوِ الدَّجَّالَ أَوِ الدَّابَّةَ أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ . رواه مسلم في الفتن وأشرط الساعة
Bersegeralah kalian beramal sebelum datangnya enam perkara: terbitnya matahari dari arah barat, datangnya asap, munculnya Dajjal, keluarnya ad-Dabbah (binatang yang dapat berbicara), kematian atau datangnya hari kiamat yang merata. (HR. Muslim dalam al-Fitan wa Asyrathu as-Sa’ah).
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."[An Nahl:40]
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".[Yaasiin:82]
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia". [Al An'aam:73]
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui [Al Mu'min:68]


Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".[Maryam:35]
Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".[Ali 'Imran:47]
Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.
[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.
Tarikh dan Tahun
Peristiwa
26 Disember 2010
Wellington– Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter telah berlaku di perairan cetek dekat Vanuatu di barat lautan Pasifik menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).
26 Disember 2004
Gempa bumi besar yang berpusat di Aceh. Bencana besar ini mengakibatkan hampir 250,000 penduduk dunia terkorban, kebanyakannya di Indonesia, Thailand dan Sri Lanka, dan jutaan lagi menanggung kesengsaraan.
26 Disember 2003
Gempa bumi yang meranapkan Bam, sebuah kota purba di Iran. Mereka yang menjadi korban ialah seramai 25,000 orang.

26 Disember 1996
Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil. Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.
26 Disember  1979
Gempabumi di  Carlisle, England
26 Disember  1949
Gempabumi di  Imaichi, Jepun
26 Disember  1939
Gempabumi di  Erzincan, Turkey, 41,000 orang meninggal dunia.
 26 Disember  1932
Gempabumi di  Kansu, China, 70,000 orang meninggal dunia.

Tuesday, December 4, 2012

Doa.. Doa... Doa... dan Doa kepada Allah S.W.T

UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik dengan bahasa yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah memohon kebaikan dengan restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah kebaikan bukan keburukan.
Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.
Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.
Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".

Akuaria KLCC

Sebenarnya dah beberapa kali juga le ke sini. Cuma dengan orang yang berlainan. Cuma kali ini oleh kerana rakan lama dari Sabah datang... yang lama dah tak berjumpa sejak meninggalkan UUM dulu maka... trip kali ni ku bawa le rakan ku ke akuaria ini. Semoga dia suka le.. hendaknya. Tapi bayaran masuk masing-masing punya duit poket le...