Sunday, October 28, 2012

UUF0153/UGUF0153 Learning Skill

Mohon kebenaran kepada semua pelajar kelas ini yang amat kreatif dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun sambutan hari lahir diadakan lebih awal sebulan..... :) namun saya menghargainya. Hasilnya





Tuesday, October 16, 2012

Bangi Avenue Bandar Baru Bangi







Inilah gambaran pembangunan dalam Bangi Avenue. Namun hari ini aku tertarik dengan iklan satu lagi pembangunan hartanah/ rumah . Ini iklannya :)


Ikan ku mati ...16 Okt 2012

Sedihnya... dah lama pelihara ikan gapi nie. Akhirnya aku kena terima hakikat bahawa dia akan mati hari ini.

Gelagat Anak Kucing Comel











Monday, October 15, 2012

Anak Kucing Parsi Untuk di jual Oktober 2012







Setiap seekor dijual dengan herga RM 850. Penghantaran percuma bagi kawasan Lembah Kelang.
Contact number :013-3334623.
Blog :http://catlover1212.blogspot.com.

Tuesday, October 9, 2012

Hukum Ibadah Korban

Sepuluh awal Zulhijjah dinilai sebagai sepuluh hari yang mulia kerana ia adalah hari-hari penting bagi kaum muslimin terutama mereka yang menunaikan ibadah haji. Firman Allah SWT: “Demi Waktu fajar dan demi sepuluh malam.” (Surah al-Fajr, ayat 1-2)  Al-Hafiz Ibnu Kathir berpendapat sepuluh malam bermaksud sepuluh hari awal pada bulan Zulhijjah seperti tafsiran yang telah dinyatakan Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair dan Mujahid. Ibadah lain yang besar nilainya pada Zulhijjah adalah ibadah korban. Antara ayat al-Quran yang menyeru manusia melakukan ibadah korban ialah firman Allah SWT: “Dan tunaikanlah solat (kerana Tuhanmu) dan sembelihlah.” (Surah al-Kauthar, ayat 2)

Imam al-Syaukani dalam kitab tafsirnya Fath al-Qadir menjelaskan bahawa solat yang dimaksudkan adalah solat sunat Aidiladha dan suruhan sembelihan pula bermaksud ibadah korban seperti dinyatakan oleh Qatadah, 'Ataa' dan Ikrimah.  Berdasarkan dalil ini, ulama berpendapat ibadah korban adalah salah satu syariat yang dituntut dalam Islam. Berkenaan hukum melakukan ibadah korban, jumhur ulama menyatakan hukumnya adalah sunnat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut.
Hukum laksana korban
Ini juga pandangan sarjana fiqh dalam mazhab al-Syafie. Imam al-Nawawi menyatakan hukum menunaikan korban bagi orang bermukim dan mempunyai kemampuan adalah sunat yang dituntut dalam mazhab. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Hakim, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan dia tidak menyembelih korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (ketika solat sunat Aidiladha).” (Hadis ini dinilai sahih oleh al-Hakim, al-Imam al-Zahabi dan al-Albani)



Ini menunjukkan kepentingan ibadah korban. Sebahagian sarjana fiqh bermazhab Hanafi dan Maliki berpendapat ibadah ini wajib bagi mereka yang berkemampuan kerana Nabi SAW melarang sesiapa yang berkemampuan, tetapi tidak melakukan korban untuk bersolat sunat Aidiladha. Namun, yang lebih tepat hukumnya adalah sunat muakkad berdasarkan perbuatan kebanyakan sahabat antaranya Abu Bakar, Umar, Ibnu Abbas dan lain-lain yang kadang kala meninggalkan ibadah korban ini.  Al-Imam al-Thohawi dalam Mukhtasar Ulama’ meriwayatkan bahawa Abu Sarihah menyatakan sesungguhnya Abu Bakar dan Umar pernah meninggalkan ibadah korban supaya ia tidak dianggap wajib oleh umat Islam.
Amalan disukai Allah SWT

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) daripada menyembelih sembelihan (korban), sesungguhnya ia akan datang pada hari akhirat nanti bersama tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya darah yang jatuh daripada sembelihan korban itu sampai kepada Allah sebelum daripada jatuh ke atas tanah maka sempurnakanlah sembelihannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kelebihan ibadah korban

Antara kelebihan ibadah korban adalah untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Allah SWT. Ibadah korban juga salah satu syiar Islam. Allah SWT berfirman: “Dan mereka mengingati Allah SWT pada hari-hari yang tertentu (dengan menyembelih korban) dengan apa yang Allah kurniakan kepada mereka yang terdiri daripada haiwan-haiwan ternakan.” (Surah al-Haj, ayat 28)

Salah seorang ulama tafsir iaitu Syeikh Abdul Rahman al-Sa’diy menjelaskan dalam karya tafsirnya Taisir al-Karim al-Rahman, sembelihan dilakukan seseorang muslim dengan tujuan mengingati Allah SWT atas nikmat diberikan antaranya yang terdiri daripada haiwan ternakan.Selain itu, umat Islam dituntut melakukan ibadah untuk mengingati dan meneruskan ibadah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang menunjukkan rasa taat dan patuh kepada setiap perintah Allah SWT sehingga sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail.

Namun Allah SWT menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kibas yang gemuk sebagai ganti kepada nilai ketaatan ditunjukkan mereka berdua. Lantaran itu peristiwa ini dijadikan ibadah dalam syariat Islam dengan disunatkan setiap muslim yang mampu supaya menyembelih haiwan ternakan sebagai melahirkan rasa cinta kepada Allah SWT melebihi dunia dan isinya serta untuk memperingati peristiwa bersejarah ini.

(Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibadahkorbansyariatdituntut/Article/)

Monday, October 8, 2012

Sudahkah anda menunaikan solat?

Menurut Ismail Kamus (2009), dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat, telah mencatatkan: “Seseorang itu akan pasti melaksanakan solat fardu apabila seseorang itu mengambil berat melakukan solat sunat sama ada di rumah atau di masjid, tetapi jika seseorang itu berat untuk melakukan solat sunat, besar kemungkinan solat fardunya juga kurang dititik beratkan”.


Faktor tak tunai solat
Apakah faktor yang menyebabkan individu tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan fakta atau mengajar cara melaksanakan solat menunaikan solat semata-mata, tetapi ia membabitkan banyak faktor lain. termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat.
Menurut al-Kumayi (2009) ada tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedangkan setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.

Cegah perbuatan keji, mungkar
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini menjadi masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan penuh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar.

Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan yang bertentangan dengan syarak. Dalam kajian dibuat oleh Anisah (2001) faktor seseorang itu meninggalkan sembahyang disebabkan beberapa perkara:

•Pertama: Cetek pengetahuan. Golongan ini berpendapat solat hanya untuk mereka yang tidak mempunyai kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Bagi mereka yang telah memiliki pengetahuan tinggi (falsafah Barat), mereka menyatakan tidak perlu kerana solat hanya untuk orang tertentu saja.

•Kedua: Tidak mempunyai pengertian atau penghayatan terhadap solat. Golongan ini tidak akan berasa bersalah atau berdosa meninggalkan solat, kerana mereka sama sekali tidak mempunyai pengertian dan kefahaman mengenai solat. Biasanya mereka ini dilahirkan dalam keluarga atau masyarakat yang tidak pernah solat.

•Ketiga: Sifat malas dan cuai. Biasanya golongan yang meninggalkan solat kerana malas, pada asasnya mengakui mengenai kewajipan solat, tetapi akibat daripada pengaruh kesibukan, kecuaian, pengaruh rakan dan sifat malas yang menguasai diri. Oleh itu, mereka tidak mengendahkan tuntutan solat ini.

•Keempat: Usia remaja. Golongan remaja biasanya meninggalkan solat kerana beranggapan bahawa ibadat solat hanya sesuai untuk orang tua atau lanjut usia dan bagi orang yang tidak lagi berminat dengan kehidupan dunia.

•Kelima: Pengaruh keresahan jiwa. Terdapat juga golongan yang meninggalkan solat kerana pengaruh daripada jiwa yang resah akibat kesedihan atau kesusahan, sedangkan yang sebaiknya ialah dalam saat inilah kita dituntut untuk sembahyang dan memohon doa serta pertolongan daripada Allah.

Sesungguhnya pengabaian ibadah solat ini ternyata sesuatu yang perlu diambil perhatian dan tindakan sewajarnya bagi kita umat Islam, dan benarlah apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216, yang bermaksud: “ Sesungguhnya solat itu amat berat kecuali orang khusyuk dan sabar”.

(Sumber :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Solatpengaruhiperlakuan/Article)


Sunday, October 7, 2012

Bilik untuk disewa kemasukan Oktober 2012

Mentari Court (Block B)
- Medium  (RM 350) : 2 persons & small room (RM 300) 1 person
- Fully furnished (all new furniture)
-Security alarm system
-Air conditioner (all room)
- Female only
-Deposite 1 month

Call Asyikin : 017-6118084

Tuesday, October 2, 2012

Monday, October 1, 2012

Halalkah rezeki ini?

Pembabitan umat Islam dalam aktiviti haram lagi berdosa seperti judi dan nombor ekor memberi impak negatif kepada hubungan kekeluargaan serta tumbesaran anak jika mereka disuapkan dengan sumber rezeki yang haram.


Malah, sebagai ketua keluarga, kalangan kaki judi dan nombor ekor telah gagal menunaikan tanggungjawab memelihara diri serta keluarga daripada terjerumus ke dalam api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada batu dan manusia ingkar. Justeru itu, setiap Muslim diseru berusaha menyara diri dan keluarga dengan melakukan aktiviti berfaedah dan diharuskan oleh syariat walaupun kemungkinan gajinya sedikit serta memenatkan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri. Begitu pula susah payah seseorang mencari kayu api kemudian dipikul dan dijual di pasar adalah lebih mulia daripada perbuatan meminta-minta yang belum tentu diberikan apa-apa.

Bekerja dengan cara diredai .Jelasnya Islam sangat menggalakkan umatnya bekerja bersungguh-sungguh dengan cara diredai demi meningkatkan potensi diri, keluarga dan masyarakat Islam umumnya.  Menurut perspektif yang lain, kesungguhan Muslim melaksanakan kerja ibadat dengan ikhlas sambil mengharap magfirat dan kurnia daripada-Nya mampu memberi pulangan rezeki melimpah ruah lagi diberkati.

Solat sunat Duha sebagai contohnya jika dilakukan dengan konsisten sambil berharap sepenuhnya kepada kurnia Allah SWT mampu menjadikan individu Muslim kaya dengan rezeki dan kaya dengan rahmat- Nya.
Hal ini dizahirkan lagi dengan munajat hamba yang berharap agar jika rezekinya di langit diturunkan, jika di bumi dikeluarkan, jika di dasar laut ditimbulkan, jika jauh didekatkan dan jika sedikit diperbanyakkan.
Tunai zakat, bersedekah.
Selain itu, dengan menunaikan zakat yang difardukan, sentiasa bersedekah dan membantu golongan daif yang memerlukan akan menambahkan lagi keberkatan rezeki diperoleh.

Baginda Nabi SAW pernah menyatakan tidak akan menyesal individu yang beristikharah dan dan tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah. Lebih daripada itu segala infak fi sabilillah pasti akan dibalas oleh-Nya dengan ganjaran yang setimpal di dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman: Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah al-Tawbah, ayat 121)

Begitu pula pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit oleh jutaan tetamu Allah SWT termasuk sejumlah 28,000 jemaah haji Malaysia yang sedang dalam perjalanan menyahut seruan dan panggilan haji, pasti tidak akan dipersiakan berikutan pelbagai ganjaran berlipat kali ganda bakal dinikmati.

Semua nikmat itu sama ada yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi adalah kurniaan yang tiada tolok bandingnya. Ini kerana kelebihan dua tanah haram yang menjanjikan perkenan akan segala doa dan balasan berganda yang tidak dinikmati di kawasan lain.

(Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berusahacarirezekihalal/Article)