Bagi yang berminat nak membeli belah ni boleh le ke kompleks Sogo nie. Senang nak sampai pun .. sebelahnya ada bus stop dan juga stesyen LRT Bandaraya. Kalau nak naik Komuter pun boleh.. turun saja di Stesyen Bank Negara. Naik jea.. jejantas yang disediakan dah sampai di Sogo nie. Sentiasa ada sale... nak beli atau tak nak beli jea..
Bunga-bunga nie... bukan oroginal yea.. Plastik jea. Boleh pergi SSF di Jalan TAR. Tapi katanya nak pindah tempat .. masa nie sale dia banyak sehingga 70% sebab nak pindah ... belilah kalau berkenan.
Gambar tempat solat wanita di Masjid India Jalan TAR. Didepannya banyak gerai yang menjual pelbagai baju, tudung dan barangan juga. Jalan-jalan juga. Sampai masa solat jangan lupa yea!!! Allah s.w.t dah berikan kenikmatan dan kesihatan untuk berjalan dan kemampuan kewangan membeli belah nie... jangan lupa kepada yang maha mencipta yea... Tempat solat selesa ..cuma kalau petang sabtu sedikit sesak di sini kerana ada pasar malam di jalan TAR nie..
Boleh melawat Central Market kalau berkesempatan. Dapat key-chain dan lain-lain kraftangan yang menarik disini. Boleh menaiki bus ataupun LRT dan turun di stesyen Pasar Seni.
Pertama kompleks nie banyak jual hp.. kalau nak beli hp boleh le.. tapi kena pandai bargain yea.. dan jangan tertipu.
Medan Mara nie pun boleh pergi kalau anda mencari baju untuk di beli ataupun jika anda ingin menghantar kain untuk di jahit. Harganya ikut le kedai mana yang anda masuk yea.. kalau butik tu mahal le sikit.Kalau nak buat tempahan kad kahwin dan lain-lain perkhidmatan juga ada. Malah kalau lenguh dah berjalan boleh dapatkan urutak kaki di sini.
Ini gambaran di Stesyen komuter Kuala Lumpur. Nak naik ETS pun boleh di sini. Malah kalau anda nak ke Masjid negara, Pusat kesenian Islam, Stesyen TV al Hijrah pun boleh turun di stesyen ini. Cumanya kena jalan kaki le sikit keluar tu.. barule sampai ke tempat yang dimaksudkan.. hehe dari sini pun boleh jalan ke stesyen LRT Pasar seni dan ke Central Market tadi... hehhe
Salah satu pawagam lama yang masih ada di KL. Lokasinya berhampiran Chow Kit.
Inilah pintu masuk ke tanak perkuburan Islam yang telah dinaik taraf oleh kerajaan daripada mentaliti tanah perkuburan yang semak samun kepada taman yang cantik dan indah. Malah dah masuk satu program TV baru-baru ni. Dimaklumkan bahawa akan dipasangkan bacaan al-quran juga di sini. Tanah perkuburan di sini amat menarik seperti taman yang terhias indah.
Taman Tasik Sri Gombak satu lagi tempat rekreasi yang boleh dikunjungi dan boleh beriadah. Lokasinya berhampiran masjid al Khairiyah Sri Gombak. Bila masuk waktu solah boleh pergi masjid dan tunaikan solat... hehhe
Capital Square... satu lagi tempat kalau anda ingin mencari alatan seperti komputer dan teknologi selain Low Yat.
Bangunan nie.. sentiasa ada burung di situ... hehhe tak pernah burung ini lari dari sini kecuali bile ada orang yang tanggalkan burung berkenaan.
Tempat yang penting di KL ialah Pudu Sentral terutama bagi mereka yang tinggal di utara tanahair. Kerana disinilah perkhidmatan bus ke utara disediakan. Dulu dikenali stesyen bas Puduraya. Kat dalam nie... juga pelbagai kemudahan disediakan termasuk kedai kain 1Malaysia dan juga kedai buku 1Malaysia.
Bangunan mahkamah lama ditengah bandar KL dan berhampiran Dataran Merdeka.
Hospital bagi mereka yang menghidapi penyakit tibi. Lokasinya di jalan Pahang dan berhampiran dengan Hospital Tawakal lama dan baharu. Belakan nie juga ada Restoran Haslam dan koperasi tentera.
Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Kuala Lumpur nie. Nak membeli belah atau nak berjalan sahaja ataupun nak mencari barang keperluan. Semuanya ada. Apa yang penting RM cukup untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Kalau tak ada boleh lihat sahaja... hehehe ok juga tu survey harga... betul ke jualan murah ni betul-betul murah atau satu propaganda?
Sunday, December 16, 2012
12.12.12
Tarikhnya cantik.. dan kebetulan inilah tarikh lahirku. Beberapa hari kemudian menurut bulan Islam pula 1.2.34 Hijrah... cuma mungkin ramai yang lupa tentangnya. Apapun sambutan hari lahir kali ini tiada apa-apa yang istimewa. Bagi mengigati tarikh ini beberapa gambar diambil..dan sekadar berjalan-jalan di Kuala Lumpur sahaja. :) sebabnya wapaupun bercuti tapi masih ke tempat kerja kerana kelas seperti biasa.
Ribuan terima kasih kepada rakan yang memberikan ucapan melalui sms/ call/ facebook dan ftf hehhe... thanks a lots.
Ribuan terima kasih kepada rakan yang memberikan ucapan melalui sms/ call/ facebook dan ftf hehhe... thanks a lots.
Thursday, December 6, 2012
I-City Shah Alam
Bila tengok gambar lama-lama nie macam menarik jea.. terasa nak poskan juga. Kalau nak pergi malam jea..yang menarik. Kalau tidak.. nampak bangunan office jea le..ataupun pergi le shoping kain kat Jakel berhampiran. Hehe....
Cameron Highland, Pahang Malaysia
Salah satu tanah tinggi di Malaysia yang boleh dilawati dan menarik. Gambar ini dah beberapa tahun yang lalu. Cuma terasa nak poskan gambar bunga-bunga yang cantik ini buat tatapan semua. mungkin lebih menarik kalau pergi tahun nie...atau dah berubah keadaannya.
Wednesday, December 5, 2012
KUN FA-YAKUN .. (JADI MAKA JADILAH… ) 26 DISEMBER PERISTIWA YANG PERNAH BERLAKU
Entry ini bertujuan
mengigatkan diri ini tentang betapa berkuasanya Allah S.W.T kerana pelbagai
peristiwa boleh berlaku dengan kuasa Allah. Kerana apa sahaja yang diingini
akan berlaku. Janganlah leka wahai diri ini.
Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ. الدخان: 10-11
Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih. (ad-Dukhan: 10-11)
Dalam hadits riwayat Muslim dari Abu Hurairah,
bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا طُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا أَوِ الدُّخَانَ أَوِ الدَّجَّالَ أَوِ الدَّابَّةَ أَوْ خَاصَّةَ أَحَدِكُمْ أَوْ أَمْرَ الْعَامَّةِ . رواه مسلم في الفتن وأشرط الساعة
Bersegeralah kalian beramal sebelum datangnya
enam perkara: terbitnya matahari dari arah barat, datangnya asap, munculnya
Dajjal, keluarnya ad-Dabbah (binatang yang dapat berbicara), kematian atau
datangnya hari kiamat yang merata. (HR. Muslim dalam al-Fitan wa Asyrathu
as-Sa’ah).
Bila Allah berkehendak serta
menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman
kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan
ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.
Allah Pencipta
langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan
kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."[An Nahl:40]
Sesungguhnya
perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan
kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".[Yaasiin:82]
Sesungguhnya
keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!"
maka terjadilah ia". [Al An'aam:73]
Dan Dialah yang
menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu
Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di
tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang
ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui [Al
Mu'min:68]
Dia-lah yang
menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia
hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".[Maryam:35]
Tidak layak bagi
Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka
Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".[Ali
'Imran:47]
Maryam berkata:
"Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah
disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan
Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila
Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya:
"Jadilah", lalu jadilah dia.
[Ali 'Imran:59]
[Ali 'Imran:59]
Sesungguhnya
misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah
menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah",
maka jadilah dia.
Tarikh dan
Tahun
|
Peristiwa
|
26 Disember 2010
|
Wellington–
Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter telah berlaku di perairan
cetek dekat Vanuatu di barat lautan Pasifik menurut Pusat Kajian Geologi
Amerika Syarikat (AS).
|
26 Disember 2004
|
Gempa
bumi besar yang berpusat di Aceh. Bencana besar ini mengakibatkan hampir
250,000 penduduk dunia terkorban, kebanyakannya di Indonesia, Thailand dan
Sri Lanka, dan jutaan lagi menanggung kesengsaraan.
|
26 Disember 2003
|
Gempa bumi yang meranapkan Bam,
sebuah kota purba di Iran. Mereka yang menjadi korban ialah seramai 25,000
orang.
|
26 Disember 1996
|
Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan
paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar,
Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil. Bencana alam itu
dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana
alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut
yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir
sekitar 6.30 pagi.
|
26 Disember 1979
|
Gempabumi di Carlisle, England
|
26 Disember 1949
|
Gempabumi di Imaichi, Jepun
|
26 Disember 1939
|
Gempabumi di Erzincan, Turkey,
41,000 orang meninggal dunia.
|
26 Disember 1932
|
Gempabumi di Kansu, China, 70,000 orang
meninggal dunia.
|
Tuesday, December 4, 2012
Doa.. Doa... Doa... dan Doa kepada Allah S.W.T
UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu
bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan
yang baik dengan bahasa yang baik kepada Tuhan. Doa yang dipinta adalah
memohon kebaikan dengan restu daripada Allah. Ibu bapa wajar mendidik
anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan dengan memohon ke arah
kebaikan bukan keburukan.
Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.
Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.
Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121205/ba_03/Berhajat-kepada-Allah#ixzz2EA14awGO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Allah untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Allah. Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan kemudiannya mengharap Allah mengampunkan semuanya.
Oleh itu, hanya melalui doa iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat. Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah ditimpa penyakit. Doa adalah senjata seorang mukmin.
Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121205/ba_03/Berhajat-kepada-Allah#ixzz2EA14awGO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Akuaria KLCC
Sebenarnya dah beberapa kali juga le ke sini. Cuma dengan orang yang berlainan. Cuma kali ini oleh kerana rakan lama dari Sabah datang... yang lama dah tak berjumpa sejak meninggalkan UUM dulu maka... trip kali ni ku bawa le rakan ku ke akuaria ini. Semoga dia suka le.. hendaknya. Tapi bayaran masuk masing-masing punya duit poket le...
Subscribe to:
Posts (Atom)