Kesedaran pelestarian jana minda, gaya hidup
Oleh Prof Datuk Dr Zaini Ujang
SABAN hari kita mendengar dan menonton pelbagai laporan media mengenai isu berkaitan pelestarian seperti jerebu, pencemaran alam sekitar, peningkatan suhu bumi atau pelancaran produk mesra alam. Secara keseluruhannya, pada hemat saya, kesedaran mengenai pelestarian semakin meluas, termasuk di Malaysia, khususnya aspek berkaitan kepentingan dan kesihatan awam. Sebagai contoh, sudah semakin ramai warga prihatin terhadap kesan penggunaan racun serangga dalam pertanian dan kesannya kepada pencemaran sumber air dan kesihatan awam. Sehubungan itu, kesedaran untuk menggunakan hasil pertanian organik semakin meningkat daripada daging organik, ayam organik, sayur organik sehingga burger organik. Kesedaran itu dapat dinilai menerusi peningkatan pasaran barang dan perkhidmatan mesra alam. Pada 1992, saya mengetuai satu kajian pendapat umum mengenai barang dan perkhidmatan mesra alam. Dapatan kKurang 10 peratus saja sanggup membeli hasil pertanian organik. Dapatan ini pasti jauh berbeza jika kajian sama dilakukan sekarang. Selain itu, rating liputan media mengenai alam sekitar, khusus jika dikendalikan ikon media, juga semakin mendapat sambutan menggalakkan. Namun, banyak lagi inisiatif diperlukan. Pada hemat saya, inisiatif paling kritikal perlu diberi keutamaan segera ialah anjakan paradigma kepada minda lestari kepada seluruh lapisan masyarakat. Secara ringkas, minda lestari bermaksud pemikiran, gaya fikir dan disiplin akliah yang menjadikan kesejahteraan masyarakat sebagai matlamat pembangunan menerusi alam sekitar yang bersih dan selamat, sistem dan pengurusan cekap, dan dasar serta amalan gaya hidup selari dengan fitrah insaniah.
Dalam konteks pembangunan fizikal misalnya, minda lestari memberi penekanan kepada keseimbangan ekosistem dalam seluruh aspek seperti perancangan, utiliti mesra alam, kaedah pembinaan dan teknologi mesra alam. Jika anjakan minda lestari itu berjaya, maka barulah pelbagai dasar, inisiatif, tindakan, amalan, gaya hidup lestari dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, murah dan berkesan. Pada asasnya, gaya hidup lestari mempunyai tiga tindakan utama, iaitu amalan bersederhana dalam kehidupan harian, kepenggunaan lestari dan pelestarian alam sekitar. Amalan hidup sederhana bermakna tidak keterlaluan dan berlebihan daripada segala segi, khususnya membabitkan perbelanjaan dan gaya hidup. Sederhana juga bererti mengkaji buruk baik sebelum melakukan setiap tindakan agar mencapai matlamat dengan efisien dan efektif dengan biaya optimum. Sebagai contoh, sederhana dari segi pemakanan. Matlamat asas pemakanan ialah untuk kesejahteraan tubuh badan supaya proses metabolisme menghasilkan tenaga diperlukan untuk melakukan pelbagai kerja dan amalan selari dengan tuntutan hidup. Bersederhana bermakna tidak makan secara berlebihan, tidak mengambil makanan tidak baik untuk kesihatan seperti yang memabukkan, tidak halal, lebihan kolestrol atau tidak bersih.
Bersederhana dalam pemakanan bermakna tidak membazir dengan hidangan yang tidak dimakan khususnya ketika keraian acara rasmi. Hal ini selari dengan tuntutan agama. Selain bersederhana, kepenggunaan lestari juga penting sebagai pemangkin pelestarian alam sekitar. Ketika ini banyak barang dan perkhidmatan mesra alam selari piawaian alam sekitar yang memudahkan pengguna memilih supaya dapat membantu melestarikan alam sekitar. Dari segi kuantum, pengguna barang dan perkhidmatan mesra alam di Amerika Syarikat dan United Kingdom saja membelanjakan AS$500 bilion setahun. Trend ini dijangka akan terus meningkat dan melangkaui sempadan negara maju. Paling ketara ialah kereta hibrid dengan pertumbuhan 2,296 peratus sejak mula diperkenalkan pada 2000. Dengan kata lain, pengguna lestari perlu memastikan setiap barang dan perkhidmatan yang dibeli mematuhi konsep mesra alam dari pelbagai sudut, khususnya dari segi pelepasan karbon. Minda lestari menyediakan prinsip asas kepada gaya hidup, kepenggunaan dan pengurusan lestari alam sekitar selari dengan keperluan dan tidak berlebihan atau membazir. Ini penting kerana penghasilan semua barang atau perkhidmatan memerlukan sumber asli yang semakin sedikit iaitu bahan mentah, galian, air, bahan api fosil, pokok dan sebagainya. Selain itu, semua proses kitar hayat sesuatu barang menghasilkan karbon yang tidak sedikit daripada penjanaan sumber asli, pemprosesan, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan. Minda lestari juga mengajar kita untuk lebih prihatin, saintifik dan cuba memahami falsafah dan menghayati cara hidup hakiki. Kita juga perlu lebih banyak berfikir dan tidak terikut-ikut trend semasa apatah lagi digambarkan menerusi fatamorgana iklan yang hanya berasaskan trend dan gaya hidup mewah. Pengamal minda dan gaya hidup lestari arif dan bestari. Bagi mereka matlamat mengatasi bentuk dan perupaan. Sebagai contoh, makanan bernilai bukan kerana jenama restoran, keenakan dan penyedia resepinya, tetapi khasiatnya kepada kesihatan. Prof Datuk Dr Zaini Ujang ialah Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia dan Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekitar Malaysia etika itu menunjukkan hanya 20 peratus faham konsep produk mesra alam.

No comments:
Post a Comment