Tuesday, January 27, 2009

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008

Author1: Sharliana Che Ani
Author2: Sofia Elias
Author3: Rusniyati Mahiyaddin
Research Title: Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis Ke Arah Pembangunan Modal Insan : Satu Kajian Awal di Sebuah IPTS.

Abstract: Menyedari modal insan (human capital) adalah elemen terpenting di era globalisasi yang berlandaskan pengetahuan, kepakaran, kemajuan, daya saing yang tinggi, berintegriti, kekuatan moral tinggi, budaya kerja cemerlang dan sebagainya, kerajaan telah meletakkan modal insan sebagai teras kedua terpenting dalam Misi Nasional 2006-2020. Sehubungan dengan matlamat kerajaan ini, kemampuan berfikir secara kritis adalah sangat perlu dalam usaha melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat lokal malahan juga di peringkat antarabangsa. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses pemikiran di mana seseorang yang mempunyai kemahiran ini sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat atau idea secara teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Justeru, saluran pendidikan dilihat menjadi satu platform yang dapat menjana kemampuan berfikir dalam kalangan masyarakat. Pembelajaran subjek pemikiran kritis ini dilihat begitu penting peranannya ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Oleh yang demikian, pembelajaran subjek pemikiran kritis ini sewajarnya dijadikan sebagai subjek wajib dan bukannya subjek elektif kepada pelajar khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi dan amnya di peringkat menengah. Menyedari hakikat inilah, kajian akan cuba menyingkap signifikasi subjek pemikiran kritis dalam pembentukan modal insan cemerlang di peringkat institusi pengajian tinggi swasta.

Kata Kunci: Pemikiran, kritis, sumber manusia, modal insan


Published: Prosiding, Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi Malaysia
Date: 22-23 Oktober 2008

No comments: