Monday, May 5, 2008

‘Penggunaan Bahasa Melayu membentuk jatidiri pelajar. Satu kajian kes di UNITAR’

ABSTRAK
Sebagai Sebuah Universiti Maya pertama di Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan atau bahasa rasmi bagi semua urusan termasuklah ketika sessi pengajaran. Selain bertujuan untuk bersaing dengan universiti swasta yang sedia ada, penggunaan Bahasa Inggeris juga bertujuan untuk menarik lebih ramai pelajar dari luar negara di samping menyediakan pelajar lebih banyak peluang menghadapi cabaran globalisasi dan pasaran kerja yang mengutamakan Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk melihat sejauhmana penggunaan Bahasa Inggeris itu dapat mengurangkan rasa jatidiri pelajar terhadap kecintaan bahasa rasmi negara iaitu Bahasa Malaysia. Semoga dengan penjelasan yang diberikan dan sedikit ilmu yang dikongsi bersama dalam kertas kerja ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang bertanggungjawab.




Disediakan oleh:
Khairul Hamimah Mohammad Jodi (hamimahm@unitar.edu.my) dan Rusniyati Mahiyadin (rusniyati@unitar.edu.my)
Tajuk Kertas kerja : ‘Penggunaan Bahasa Melayu Membentuk Jatidiri Pelajar: Satu Kajian Kes di UNITAR’
Center For Languages and General Studies
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
16-5, Jln SS6/12
47301 Kelana Jaya
Tel: 603-76277306 / 7307
Fax: 603-78802409

No comments: