Sunday, November 28, 2010

2010

Year 2010

Sharliana Che Ani , Sofia Elias dan Rusniyati Mahiyaddin, Kesignifikanan Subjek Pemikiran Kritis Ke Arah Pembangunan Modal Insan : Satu Kajian Awal Di Sebuah IPTS. Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2010) Kolej Teknologi Darul Naim 5-6 Oktober 2010: Tempat Danau UKM.

Sharliana binti Che Ani & Rusniyati Mahiyaddin, Penilaian Terhadap Pemahaman dan Persepsi Pelajar Terhadap Konsep Gagasan 1Malaysia: Kajian Awal Di Sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Seminar Pembangunan Modal Insan (SEMAI 2010)Kolej Teknologi Darul Naim 5-6 Oktober 2010: Tempat Danau UKM.

Sofia Elias, Rusniyati Mahiyaddin dan Sharliana Che Ani, Sekolah Khas Bagi Pelajar Hamil, Jawapan Kepada Isu Pembuangan Bayi: Persepsi Umum. Seminar Psikologi Kebangsaan 2010, 28 Oktober 2010-29 Oktober 2010, Universiti Malaysia Sabah.


Sharliana Che Ani, Sofia Elias dan Rusniyati Mahiyaddin, Penilaian Terhadap Takrifan Dan Pemahaman Pelajar Dan Pensyarah Terhadap gagasan 1Malaysia: Satu Kajian Kes Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Seminar Kebangsaan 1Malaysia, 1-3 November 2010, Universiti Malaysia Sabah

Friday, November 26, 2010

Port Dickson 2010 Bersama Pendetar


Salam Sejahtera semua... seteleh sekian lama tak pernah up date. Kini tibalah masanya... pada 21 November 2010. Julungkalinya Pendetar bersama-sama menjalankan aktiviti diluar sesi pertandingan.
Tahniah bagi semua

Saturday, May 1, 2010

Tangisan Tiang Mimbar

ARKIB : 30/04/2010
Tangisan tiang mimbar
Dan tidak ada yang menghalangi kami akan mengutuskan dengan tanda-tanda (mukjizat) melainkan telah didustakan oleh orang-orang terdahulu... (al-Israk: 59)

Masjid Nabawi adalah masjid yang dibina hasil gotong-royong orang Ansar dan Muhajirin sejurus sahaja Rasulullah SAW berhijrah daripada Mekah ke Madinah.

Tapak masjid tersebut adalah tempat perhentian pertama unta putih Rasulullah. Ketika orang Muhajirin sampai ke Madinah, mereka disambut dengan meriah oleh orang Ansar.

Semua penduduk Madinah berebut-rebut mendapatkan Rasulullah supaya baginda berhenti dan singgah di rumah mereka.

Lalu baginda menyerahkan kepada unta putih baginda untuk membuat keputusan.

Kemudian unta putih itu berjalan lalu berhenti di satu kawasan lapang berdekatan dengan tanah perkuburan. Maka baginda telah mencadangkan untuk membina sebuah masjid di situ yang dikenali sebagai Masjid Nabawi.

Dalam masjid itu, baginda telah membina mimbar yang diperbuat daripada batang tamar. Di mimbar itulah Rasulullah menyampaikan khutbah kepada kaum baginda.

Tidak kira pada waktu sembahyang ataupun pada waktu-waktu yang lain. Masjid itu juga sentiasa menjadi tumpuan orang. Sekiranya ada perbincangan atau majlis ilmu, Masjid Nabawi menjadi pusat perjumpaannya.

Setelah beberapa lama masjid itu dibina dan digunakan, mimbarnya mula menjadi reput. Rasulullah dan para sahabat memutuskan untuk membuat mimbar baru. Lalu Rasulullah dan orang-orang Islam bertungkus-lumus mengumpulkan batang tamar. Tiang mimbar yang lama telah diruntuhkan dan disimpan di tempat lain untuk digantikan dengan yang baru.

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu suara tangisan. Mereka tercari-cari suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya. Dengan penuh kasih-sayang baginda menepuk-nepuk batang tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab:

"Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu."

Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak."

Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis.

Rujukan :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

Monday, April 26, 2010

Hikmah Disebalik Memahami Ajaran Agama Lain

Masyarakat pelbagai bangsa boleh hidup dalam harmoni, saling hormat menghormati

HIKMAH wujud perbezaan agama di dunia ini adalah supaya antara penganut pelbagai agama dapat mempelajari serta memahami agama lain yang mungkin ada persamaan untuk dimanfaatkan sebagai jambatan mengukuhkan perpaduan. Perkara ini diakui Felo Penyelidik Institute of Ismaili Studies, London, Dr Reza Shah-Kazemi, yang melihat persamaan antara agama bukan bermakna menyamakan antara dua agama sebaliknya bertujuan mempelajari serta memahami sesuatu agama itu bagi mengelak salah faham. Beliau yang pernah memberi ceramah bertajuk ‘Titik persamaan: Kesamaan kerohanian dan etika antara Islam dan Buddha’ di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS), Januari lalu berkata, pemahaman itu juga dapat mengelak konflik agama.

Pendapat penulis buku Buddhism and Islam: The Common Ground itu ada benarnya kerana masyarakat pelbagai agama boleh hidup dalam suasana harmoni apabila masing-masing sentiasa menghormati agama anutan pihak lain.

Pada ceramahnya itu, Dr Reza ada membangkitkan persoalan menarik iaitu mengenai kedudukan penganut Buddha yang menyentuh aspek kepercayaan apabila menanyakan apakah penganut agama itu perlu dilayan seperti ahli kitab.

Katanya, ada kesepakatan antara ulama untuk mengiktiraf penganut Buddha sebagai ahli kitab. Syafie juga tidak menolak hakikat itu kerana al-Quran ada menyebut kepada Suhuf Ibrahim dan Musa yang diberikan kepada nabi lain.
Ini menjurus kepada cadangan, kemungkinan Buddha yang menyebarkan ajaran selepas mendapat kesedaran adalah nabi yang diutuskan kepada umatnya kerana agama Buddha mempunyai naskhah yang mengandungi peraturan agama.

Pensyarah Jabatan Pengajian China Universiti Malaya, Dr Ching Thing Ho, berkata susah hendak menganggap Buddha Sakyamuni sebagai nabi jika mengikut makna ‘nabi’ dalam konteks agama Islam atau agama aliran Abraham yang lain.

Katanya, Buddha tidak mengaku dirinya sebagai ‘ejen’ atau ‘wakil’ bagi mana-mana kuasa agung yang bersifat ketuhanan, cuma mengaku diri sudah ‘menemui’ dan ‘mencapai’ suatu tahap ‘kesedaran’ yang dianggap mutlak (nirvana).

“Tujuan Buddha menyebarkan ajarannya adalah untuk memberi panduan kepada semua supaya berpeluang mencapai tahap nirvana yang sama, di mana mereka dapat melepaskan diri daripada ‘kesengsaraan’.

“Maka ia bukan suatu usaha cuba membawa penganutnya mempercayai serta memeluk apa-apa kuasa bersifat ketuhanan walaupun naskhah peraturan agama Buddha mungkin mempunyai kesamaan dengan agama lain pada aspek sosial, etika dan metafizik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ada antara penganut Buddha memupuk ikatan serta ketulusan terhadap ajaran Buddhisme serta menjalani kehidupan ‘ala Buddha’ tetapi dari segi implikasi sosial terutama politik, amalan itu bukan satu institusi boleh menimbulkan kesedaran identiti yang kuat.

Oleh itu kata Dr Ching, daripada perspektif Buddhisme identiti yang mengkategorikan manusia bukan sangat penting (malah ada keburukannya) kerana yang utama ialah seseorang individu itu faham akan realiti ‘kesengsaraan’ dan bercita-cita serta giat mengatasinya dengan usaha sendiri.

Oleh itu, sama ada penganut Buddha adalah ahli kitab seperti ditimbulkan Dr Reza, beliau tidak pasti mengenainya kerana justifikasi itu perlu dibuat melalui pandangan Islam dan susah bagi bukan Islam memberi pandangan jika tidak memiliki kepakaran yang relevan.

Bagaimanapun, yang pasti Buddhisme memang mempunyai kitab komprehensif merangkumi pelbagai aspek termasuk falsafah dan kepercayaan. Jika ada persamaan yang agak kunci dan inti antara Islam dan Buddhisme, maka saranan Dr Reza mungkin sesuai.

Mengenai perlunya penganut Buddha dan Islam mengetahui persamaan yang wujud dalam aspek teologi, beliau tidak menolaknya walaupun istilah teologi mungkin tidak sesuai dengan fahaman Buddhisme yang ajaran asasnya tidak berpusat kepada kepercayaan mana-mana tuhan.

“Tetapi saya masih setuju dengan penggunaannya, jika teologi itu ditakrif secara lebih longgar, merangkumi falsafah semua agama tidak kira sama ada kepercayaan kepada tuhan dijadikan asas dalam ajarannya atau tidak,” katanya.

Katanya, kesedaran mengenai persamaan antara agama dari segi teologi boleh memupuk kesefahaman antara penganut pelbagai agama. Justeru itu, beliau menyarankan diperkenalkan kursus ‘agama-agama dunia’ di peringkat kolej dan universiti.

Rujukan :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hikmahdisebalikmemahamiajaranagamalain/Article

Wednesday, April 7, 2010