Thursday, October 18, 2018

Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan

Suasana pantai yang menarik. Sunyi kerana percutian kali ini dilakukan pada hari bekerja. Bukan apa. Sekadar melarikan diri dari kesibukan kota. Menginap di Hotel Seri Malaysia, sangat dekat ke pantai ini. Sekadar menyeberang jalan sahaja.








Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu

Sempat mengelilingi Masjid Kristal ini sahaja, maklumlah cuaca hujan pagi ini. Namun kesempatan ini saya kongsikan gambar berkenaan. Nak masuk ke taman tamadun yang lain perlukan masa yang banyak. Rancangan awal nak ke Muzium juga. Kesemua itu terpaksa dibatalkan.




Pulau Kapas, Terengganu


Pulau yang berdekatan dengan tanah besar. Perjalanan melaui Jetty Marang sahaja. Mengambil masa yang singkat dengan menaiki bot. Tak banyak gambar dalam perjalanan ini kerana sibuk mengangkat barang yang banyak. Maklumlah ada 13 orang dewasa dengan lain-lain adalah kanak-kanak yang keseluruhannya 25 orang. Menginap di Pak Ya Seaview Chalet. Keindahan ciptaan Allah di bumi Malaysia. Sesiapa yang berkesempatan silalah datang. Pantainya yang bersih dan air yang sangat jernih. Boleh nampak ikan.