Thursday, October 6, 2016

Ho Chi Min City, Vietnam

Perjalanan ke Vietnam kali ini menarik apabila peluang untuk menyelusuri Sungai Mekong dan mendayung sampan menyusuri hutan nipah. Pakage yang sesuai dan berpatutan.






Bagi sesiapa yang ingin membeli belah dan bargain harga menggunakan bahasa Melayu boleh le datang ke sini.






Tuesday, August 23, 2016

Kota Marudu, Sabah

Perjalanan yang telah lama dilalui. Namun kesempatan untuk  berkongsi maklumat amat terhad dengan kesibukan bekerja. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam memandu sendiri dengan menyewa kereta. Menetap di hotel Northern Inn. Perjalanan pergi dan balik dari bertugas dihidangkan dengan gambar pemandangan yang amat menarik.





Hari terakhir di Kota Kinabalu dengan beberapa gambar pemandangan di hadapan hotel Promenade.







Teluk Intan Perak

Perjalanan kali ini demi bertugas menjaga peperiksaan akhir semester. Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi di Teluk Intan. Menginap di Grand Court yang membolehkan akses tempat makan tengahari dan malam yang hanya perlu jalan kaki sahaja.










Malah boleh juga mencari kedai-kedai makan lain seperti Mastan Ghani untuk menikmati rojak dan mee, Kedai makan di Tepian Sungai. Dengan menu Udang Galah 



Sunday, April 17, 2016

Asia e University

Telah lama aku tidak menulis dalam blog ini. Namun hari ini aku sangat teruja dengan salah seorang pelajar di sini yang sanggup turun ke Kuala Lumpur sebulan sekali bagi menghadiri kelas dari Sabah.



Semangat tinggi yang ditunjukkan boleh dijadikan tauladan kepada pelajar-pelajar lain. Jarak bukan alasan untuk mencari ilmu. Gambarnya dirahsiakan. Ini gambar rakan-rakan lain. TQ :)

Tuesday, April 12, 2016

2016

Tahun yang mencabar bagiku. Pengalaman yang berbeza dengan memulakan hidup di institusi yang baru. Penat dan meletihkan. Itu sahaja rumusan yang mampu dibuat.