Thursday, May 30, 2013

Jenis darah dan personaliti individu... baru ku tahu

Pagi tadi tetiba jea rasa nak google tentang ini. Al -maklumle sebelum nie tak pernah tahu apa jenis kumpulan darah kerana tak pernah check. Selalu pun check ada kandungan gula ke tak... untuk tau diabetis. Maklumle.. orang yang tak layak untuk menderma... bukan tak nak... tapi tak layak. Berikut dikongsikan bersama untuk mereka yang mempunyai jenis darah dalam kumpulan yang sama iaitu B+;



DARAH B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah B
Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.
Untuk lebih jelas, gaya komunikasi dengan orang bergolongan darah B berikut dapat dijadikan pedoman:
” Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
” Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
” Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
” Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
” Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
” Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik  daripada perasaannya.

(Sumber :http://wannuraanatomi.wordpress.com/2011/01/05/jenis-jenis-darah-manusia/)

Wednesday, May 29, 2013

Ingin Tahu Empat Bahagian Cinta?

Empat bahagian cinta 

Pertama, cinta ibadah iaitu mencintai Allah dan apa-apa yang dicintai-Nya dengan dalil ayat serta hadis. Kedua, cinta syirik iaitu mencintai Allah dan juga selain-Nya seperti cintanya kepada Allah. 

Allah SWT berfirman: “Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan (bagi Allah). Mereka mencintai tandingan itu seperti cinta mereka kepada Allah.” (Surah al-Baqarah, ayat 165) 

Ketiga, cinta maksiat iaitu cinta yang akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yang diharamkan Allah dan meninggalkan yang diperintahkan-Nya. Allah berfirman: “Dan kalian mencintai harta benda dengan kecintaan yang sangat.” (Surah al-Fajr, ayat 20) 

Keempat, cinta tabiat seperti cinta kepada anak, keluarga, diri, harta dan perkara lain yang dibolehkan. Allah berfirman: “Ketika mereka (saudara-saudara Yusuf) berkata, ‘Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita.” (Surah Yusuf, ayat 8) 

Jika cinta tabiat ini menyebabkan kita lalai daripada ketaatan kepada Allah sehingga meninggalkan kewajipan, ia akan berubah menjadi cinta maksiat. Apabila cinta tabiat menyebabkan kita lebih mencintai sesuatu daripada Allah, maka cinta tabiat berubah menjadi cinta syirik. 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Ketahuilah bahawa yang menggerakkan hati menuju Allah ada tiga perkara: cinta, takut, dan harapan. Perkara paling kuat adalah cinta, dan cinta itu sendiri tujuan kerana akan diperoleh di dunia dan akhirat.” 

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di menyatakan, “Dasar tauhid dan rohnya adalah keikhlasan dalam mewujudkan cinta kepada Allah. Cinta adalah landasan penyembahan dan peribadahan kepada-Nya. Bahkan cinta itu hakikat ibadah. Tidak akan sempurna tauhid kecuali apabila kecintaan seseorang hamba kepada Rabbnya juga sempurna.”

Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CintajadiibadahjikadilakukankeranaTuhan/Article/index_html

Monday, May 27, 2013

Tahukah Anda Tentang Yakjuj dan Makjuj?


1Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?
Jawapan: Ya. Kedua-duanya daripada umat manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan lagi daripada hadis Bukhari.
2 Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan:Antara sifat mereka ialah
- Kekuatannya yang amat luar biasa.
- Mata mereka sepit.
- Banyak bulu pada badan mereka.
- Jumlah mereka tersangat ramai.
Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat iaitu:
- Jasad mereka seperti pohon yang besar.
- Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.
- Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.
Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian ulama.
3 Bilangan Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Bilangan mereka teramat ramai. Ini berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.
4Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Mereka adalah yang kufur dengan Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini berdasarkan mafhum hadis.
5Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Berdasarkan riwayat hadis, mereka dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut. Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.
6Bilakah mereka keluar?
Jawapan: Mengikut riwayat yang sahih mereka keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.
7Tempat tinggalnya sekarang?
Jawapan: Sekarang ini dengan kemudahan teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita beriman adanya jin dan di manakah mereka.
8Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj dibinasakan?
Jawapan: Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi. Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130524/ba_02/Persoalan-hangat-tentang-Yakjuj-dan-Makjuj#ixzz2UZD2soxZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, May 20, 2013

Kursus Haji Bersiri

Alhamdulillah selesai kursus haji bersiri di Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam ibadah haji. Berikut sedikit gambar yang dikongsikan bersama. Terima kasih.
















Thursday, May 16, 2013

Pelbagai aktiviti May 2013


Gambar ini adalah gambar yang ditunjukkan semasa kursus Asas Haji.... di mana kawasan sekitar Masjidil haram dalam proses pengubahsuaian. Ya Allah semoga kerja-kerja ini dapat disiapkan sebelum musim haji pada tahun ini.

 Gambar ini diambil di Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsa Maju. Cantik gambar masjid yang dilekatkan di semua tiang di masjid ini.
 Gambar ini di Seri Gombak semasa pilihanraya umum ke 13. Cuma kenapa bendera yang diletakkan bewarna kuning. Itu yang tak faham maknanya.
 Ini gambar pelajar-pelajar dewasa di Masjid Al Khairiyah Seri Gombak sementara menunggu ustaz sampai.
 Gambar presentation pelajar Sec 50 Pendidikan Moral MPW 2153 di Unitar International University.


 Gambar ini di Jalan TAR Masjid Jamek Kuala Lumpur
 Fruit carving yang dibuat oleh pensayarah Hospitality and Culinary. Cantik bukan? Kalau nak belajar boleh le register di Unitar International University.
 Pokok hiasan di office jea... Bumi Hijau....
 Berhadapan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Aku suka sangat makan nie...sbb tak payah masak... potong-potong dan gaul jea terus jadi...hehehe... resepi sendiri.

16 Mei 2013 Sambutan Hari Guru

Buat semua guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik ku dari tadika sehingga ke universiti semoga Allah membalas jasa kalian semua. Berkan mereka kesihatan yang baik, sihat dan bahagia. Amin.




Sekuntum bunga dihadiahkan oleh Educator Club 2013 bagi semua pensyarah Unitar International University. Terima kasih atas ingatan kalian. Juga yang memberikan ucapan melalui sms dan Facebook.

Doa dan zikir yang boleh dokongsikan bersama






Persediaan Menunaikan Haji

Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk menunaikan haji dan ketika berada di tanah suci Mu. Jadilah aku salah seorang tetamu istimewa Mu.Berikanlah aku haji yang mabrur. Kesihatan yang baik ketika di sana dan juga semasa persediaan ke sana. Ya Allah bantulah aku sesungguhnya aku insan yang lemah. Amin.




Monday, May 13, 2013

Ya Allah permudahkan urusanku mengerjakan tawaf di baitullah Mu ya Allah.


Bertawaf mengelilingi paksinya

PERGERAKAN tawaf yang dilakukan oleh umat Islam berputar mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali yang dimulai dari sudut batu hitam (Hajaral Aswad) dan berakhir di sudut yang sama. Membentuk pola lingkaran 360 darjat dan bergerak melawan arah jarum jam, berpusat pada satu titik dan paksinya.
Setiap benda di alam maya ini juga selalu bergerak berputar untuk menjaga keseimbangan. Di alam mikro pada bahagian terkecil daripada setiap benda yang disebut atom, di samping melakukan putaran dengan arah berlawanan pada jarum jam seperti perputaran bumi, elektron-elektron juga akan selalu berputar mengelilingi inti (pusat) atom.
Di alam mikro, bumi bersama planet-planet yang lain di langit cakerawala sentiasa berputar mengelilingi matahari (berevolusi). Sementara itu matahari bersama bumi, planet-planet lainnya, dan puluhan planet juga berputar mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Di dalam galaksi Bima Sakti itu sendiri mempunyai sekitar jutaan planet.
Perjalanan matahari juga telah dijelaskan dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lalu sebagaimana firman-Nya: Dan (sebahagian daripada dalil-dalil yang tersebut ialah) matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Allah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhiri peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya... (Yasin: 38-40)
Perjalanan matahari mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti (yang disebut Black Hole) hanya diketahui oleh para ilmuwan moden pada akhir abad ke-20, namun telah diucapkan oleh seorang Nabi yang ummi, yang tidak dapat membaca dan menulis. Inilah firman Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang akan selalu berjalan seiring dengan waktu dan tidak akan pernah ketinggalan zaman.
Selain itu, di alam jagat raya ini, tidak hanya ada satu galaksi sahaja iaitu galaksi Bima Sakti. Tetapi terdapat begitu banyak galaksi-galaksi yang lainnya lagi. Kesemuanya itu membentuk kluster galaksi.
Seterusnya sistem kluster galaksi yang terdiri atas jutaan benda-benda angkasa raya seperti matahari, planet, bulan, meteor, asteroid dan lain-lain juga berputar (tawaf) mengelilingi pusat galaksi. Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menyebutnya ia sebagai Monster Black Hole kerana ukurannya yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan Black Hole dalam galaksi Bima Sakti.
Subhanallah, ternyata kluster galaksi yang berisi jutaan benda-benda di angkasa itu tidak hanya satu tetapi masih ada jutaan lagi di atas sana dan semuanya berputar (tawaf) mengelilingi pusat yang entah berada di mana kerana hingga saat ini belum ada teleskop tercanggih yang berhasil memotretnya.
NASA sendiri mengakui bahawa pengetahuan manusia mengenai alam semesta hingga sekarang ini hanya sekadar tiga peratus sahaja jika dibandingkan dengan apa yang telah Allah SWT jadikan di muka bumi ini.
Semua benda di langit yang sentiasa berputar (tawaf) itu selalu dalam keadaan keseimbangan, sebagaimana Allah menjelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis, engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah... (al-Mulk: 3


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, May 9, 2013

5 Mei 2013 : Pilihanraya Umum ke-13

Walaupun telah hampir seminggu berlalu namun bahangnya masih terasa. Wahai warganegara Malaysia marilah kita sama-sama bersatu padu tidak kira apa pun ideologi politik kita mahupun bangsa. Mohon negara terus aman dan makmur.