Tuesday, February 26, 2013
Istana Negara Lama 27/2/2013
Kesempatan kali ini membawa kumpulan pelajar yang sama (Khazastan) ke istana negara. Kali ini ada pameran berkaitan Raja Kita. Berikut gambar yang dapat dikongsi secara bersama.
Friday, February 22, 2013
Central Market 22/2/2013
Trip kali ini ialah membawa pelajar Khazastan mengenali budaya Malaysia dengan melawat salah satu tempat menarik di bandaraya Kuala Lumpur iaitu Central Market. Diharapkan ianya dapat memberikan pendedahan berkaitan budaya Malaysia dan kraftangan Malaysia.
Thursday, February 21, 2013
Belajar bahasa Russia?
Semester ini pendedahan bagiku yang dikehendaki mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar Khazastan yang belajar di Unitar International University. Selain mengajar aku juga belajar sedikit bahasa Russia yang menjadi bahasa pertuturan pelajarku ini. Antaranya:
Bye : Paka!
Apa khabar : Kak dela?
Cikgu : uchitel'
Terima kasih : Spasibo
Not so bad : Ne-ploka
Bad : ploka
Bye : Paka!
Apa khabar : Kak dela?
Cikgu : uchitel'
Terima kasih : Spasibo
Not so bad : Ne-ploka
Bad : ploka
Kalau nak belajar lanjut boleh goggle :
http://masterrussian.com/russian_alphabet.shtml
Sunday, February 17, 2013
Mekkah ... sesungguhnya Allah maha mengetahui
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda, "Demi Allah! Sesungguhnya Mekah ialah sebaik-baik
negeri dan tempat paling disayangi Allah." (Hadith dari Abdullah bin Adi
bin Hamra).
Malah,
tanah suci adalah tempat dijamin Allah sebagai tempat mustajab berdoa.
Sememangnya dalam hidup setiap pesakit, doa merupakan 'penawar' terpenting
dalam berjuang untuk sembuh.
Rasulullah
saw bersabda. "Al-Multazam itu tempat dikabulkan doa. Apa saja doa dan
permohonan hamba di tempat ini InsyaAllah dikabulkan". (Hadith daripada
Ibnu Abbas).
Tanah
suci telah dibuka oleh Nabi Ibrahim a.s., merupakan tempat para rasul serta
tempat lahir Rasulullah s.a.w, justeru ia mempunyai barakah tersendiri melebihi
tempat lain di dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 125, "Dan
(ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Kaabah) tempat berkumpul dan tempat
yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan
telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, "Bersihkan rumah-Ku
untuk orang-orang yang tawaf, orang yang iktikaf, orang yang rukuk dan orang
yang sujud!".
Sebagai kesimpulan, Mekah adalah tempat sangat berkat dan
mustajab berdoa. Tiap apa yang dihajatkan, asal dengan hati ikhlas akan
dikabulkan.
Melalui kursus haji bersiri yang dihadiri berikut adalah tempat mustajab berdoa iaitu ;
- di dalam Ka'bah
- Hajar Aswad,
- Rukun Yamani,
- di bawah talang mas (Mizab),
- Hijir Ismail,
- Multazam,
- di belakang Maqam Ibrahim,
- sumur Zamzam,
- Masy'aril Haram,
- di atas bukit Sofa,
- di atas bukit Marwah,
- di tempat wukuf Arafah,
- ketika jumrah aqabah,
- ketika jumrah wustha, dan
- saat jumrah ula
Thursday, February 14, 2013
Thursday, February 7, 2013
To be my Valentine?
Roh perayaan bercampur perbuatan maksiat bercanggah dengan akidah Islam
Budaya menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan diminati untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Ada yang mengirimkan kad ucapan, hadiah, menyanyikan lagu cinta, membuat upacara tari-menari dan mengadakan acara makan malam disinari cahaya lilin.
Bertukar perasaan di taman bunga sehingga berkucupan dan
akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan
kesetiaan kepada teman masing-masing.
Menurut Ken Sweiger, perkataan Valentine berasal dari bahasa Latin bermaksud ‘yang maha perkasa, yang maha kuat, dan yang maha kuasa’, digunakan pada zaman Rom Kuno kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine? maka ia telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT kerana telah meminta seseorang menjadi “sang maha kuasa”. Hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan pandangan tokoh agama, menyambut atau meraikan Hari Valentine bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), amalan itu haram dan bertentangan ajaran Islam.
Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005, memutuskan amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.
Justeru, ditegaskan pengharaman dan larangan bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend zaman moden tetapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, umat Islam diminta tidak merayakan hari berkenaan yang bertentangan ajaran Islam sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ingatlah, agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semula jadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Berdasarkan pemerhatian, perkara ini berlaku kerana kualiti keimanan umat Islam yang semakin lemah dan kekaburan kita dalam menegakkan prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim.
Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisaa, ayat 119)
Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus serta tasawwur mereka mengenai sesuatu perkara menjadi jelas.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliah yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik saja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan di hati dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)
Sumber: Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Budaya menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan diminati untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan kita sebagai umat Islam. Ada yang mengirimkan kad ucapan, hadiah, menyanyikan lagu cinta, membuat upacara tari-menari dan mengadakan acara makan malam disinari cahaya lilin.
Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah”
Menurut Ken Sweiger, perkataan Valentine berasal dari bahasa Latin bermaksud ‘yang maha perkasa, yang maha kuat, dan yang maha kuasa’, digunakan pada zaman Rom Kuno kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi ‘to be my Valentine? maka ia telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT kerana telah meminta seseorang menjadi “sang maha kuasa”. Hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan pandangan tokoh agama, menyambut atau meraikan Hari Valentine bertentangan dengan syarak. Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), amalan itu haram dan bertentangan ajaran Islam.
Begitu juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005, memutuskan amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu bercampur perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang Islam.
Justeru, ditegaskan pengharaman dan larangan bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend zaman moden tetapi berlandaskan kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, umat Islam diminta tidak merayakan hari berkenaan yang bertentangan ajaran Islam sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Janganlah hanya dengan alasan inginkan keseronokan serta mengikut peredaran zaman, sanggup membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah.
Ingatlah, agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semula jadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Berdasarkan pemerhatian, perkara ini berlaku kerana kualiti keimanan umat Islam yang semakin lemah dan kekaburan kita dalam menegakkan prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim.
Kita jangan lupa bahawa syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman. Firman Allah SWT: “Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah an-Nisaa, ayat 119)
Ingatlah bahawa agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus serta tasawwur mereka mengenai sesuatu perkara menjadi jelas.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliah yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik saja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan di hati dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)
Sumber: Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Subscribe to:
Posts (Atom)