Monday, August 27, 2012
Friday, August 24, 2012
Benarkah memberus gigi dapat mengatasi nyanyuk?
LOS ANGELES: Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California. Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari. Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail.
“Kesihatan fikiran anda bukan hanya bergantung kepada amalan membersihkan mulut tetapi kebersihannya juga boleh menentukan sama ada anda mendapat penyakit itu,” katanya lagi. Kajian itu yang disiarkan oleh Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika mengesan kesihatan hampir 5,500 penduduk di kawasan kediaman pesara California mulai 1992 hingga 2010. Selepas 18 tahun berlalu, 1,145 responden asal menunjukkan tanda menghidap nyanyuk. Daripada 78 wanita yang memberus gigi kurang sekali sehari pada 1992, 21 mengalami nyanyuk pada 2010 atau satu kes setiap 3.7 wanita.
Sebagai perbandingan, di kalangan mereka yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari, hampir seorang setiap 4.5 wanita menjadi nyanyuk atau 65 peratus berkemungkinan menghidapnya. Pada masa sama, penyelidik turut menjelaskan bahawa mereka tidak bermaksud mengatakan masalah gigi boleh membawa kepada nyanyuk sebaliknya menyarankan perkara itu terus diselidik. - AGENSI
(Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rajinberusgigibolehelaknyanyuk/Article/index_html)

Tuesday, August 14, 2012
Friday, August 10, 2012
Ya Allah masukkanlah aku dikalangan orang-orang yang mendapat lailatulqadar
Hari ini genap 21 hari kita menjalani ibadah puasa. Justeru, masih berbaki sembilan hari lagi untuk kita sempurnakan ibadah puasa dengan memanfaatkan sebaik mungkin sisa-sisa hari yang masih tinggal. Ramadan awalnya adalah rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka sewajarnya disempurnakan dengan melunaskan ibadah wajib serta memperbanyakkan lagi ibadah sunat bagi meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda. Pada fasa sepuluh terakhir Ramadan, Allah SWT menyediakan malam yang lebih mulia berbanding seribu bulan iaitu lailatulqadar. Pada malam inilah al-Quran diturunkan untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman bagi seluruh umat Islam mengemudi bahtera kehidupan di dunia. “"Carilah lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki taujuh malam terakhir"
Sebahagian ulama berpendapat al-Qadar bermaksud pengagungan. Lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat, melimpah rahmat dan keampunan serta pada malam itu Allah SWT ammenganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah SWT dan sentiasa istiqamah melakukan ibadah sepanjang Ramadan, pastinya mereka tidak akan terlepas untuk menemui malam lebih mulia daripada seribu bulan ini. Baginda SAW bersabda: “Carilah lailatulqadar pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” (Hadis riwayat Muslim)
Melewati sepuluh terakhir Ramadan, Rasulullah SAW akan mencari lailatulqadar dan menyeru sahabat Baginda supaya turut serta mencarinya dengan menghidupkan malam berkenaan beribadah (qiamullail).
Bahkan, Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya dengan harapan supaya dapat memperoleh lailatulqadar yang penuh keistimewaan dan keberkatan.
Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Ummul Mukminin Saidatina Aishah berkata: “Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya. Apabila Baginda sakit atau keletihan, Baginda bersolat dalam keadaan duduk.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan Saidina Umar al-Khattab mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau mengejutkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: “Solat, solat” sambil membaca ayat 132 daripada surah Taha yang bermaksud: “Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.”
Sewajarnya teladan yang ditunjukkan Rasulullah SAW dan sahabat Baginda dalam menghayati Ramadan serta sepuluh malam terakhir dijadikan pedoman kepada seluruh umat Islam hari ini.
Pedoman ditunjukkan Baginda jelas memberi gambaran betapa tinggi dan bernilai detik terakhir Ramadan yang sedang kita lewati saat ini. Mudah-mudahan masih belum terlambat untuk kita terus beristiqamah melaksanakan ibadah hingga ke penghujung Ramadan bagi memperoleh lailatulqadar.
Penulis pegawai penyelidik Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia
(Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/QiamullailhidupkanmalamRamadan/Article)

Thursday, August 9, 2012
Ya Allah ..makbulkanlah doa ku supaya dapat menunaikan haji..Amin..
PANGGILAN haji tiba lagi, gamitan talbiah dengan begitu mekar dalam ingatan bakal haji, dhuyufurrahman amat kuat menusuk kalbu. Sebermula dengan panggilan surat terima, sudah membawa seribu satu macam kesukaan telah terukir pada raut wajah jemaah haji. Habis keluarga, rakan taulan diuar-uarkan, bukan sekali tetapi itulah yang dikhabarkan setiap kali bertemu. Semuanya ini sebagai terjemahan gembira yang berbaur syahdu dalam melaksanakan ibadah haji.
Pada ruangan kali ini, penulis ingin mengemukakan sejumlah falsafah ibadat haji, serta hikmahnya, berdasarkan pengamatan dan sedikit pengalaman yang dikongsi bersama oleh tetamu Allah yang berkunjung ke Tanah Suci Mekah. Antaranya;
Bermulanya kehambaan
Hal ini jelas dirasakan oleh bakal jemaah haji, inilah puncak penyerahan kepada Yang Maha Esa. Segala tugas hakiki dan wajib dalam semua lapangan seperti pegawai kerajaan, guru, pekerja swasta hatta nelayan terpaksa dengan rela hati meninggalkan tugas tersebut kerana menyahut panggilan Ilahi. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang melambangkan penyerahan sebagai seorang hamba kepada Khaliqnya. Hal ini sentiasa dirasakan bermula daripada langkahan pertama keluar dari rumah hingga pulang bertemu sanak saudara dan masuk ke dalam rumah. Mengikut cara Islam keluarnya seseorang hamba Allah menuju kepada Allah dalam melaksanakan ibadah haji bermula dengan solat musafir di rumah dan apabila kembali juga dengan bersolat mengikut sunah Rasulullah SAW.
Menzahirkan Kecintaan
Hal ini dipamerkan oleh ramai dan hampir kesemua jemaah haji. Ia merupakan perasaan rindu dan cinta kepada Mekah dan Madinah sekalipun berlaku kerap kali dalam melaksanakan ibadah haji oleh seseorang. Benarlah kenyataan yang dibuat oleh Syeikh Waliyullah al-Dehlawi dalam kitabnya yang masyhur, Hujjatullah al-Baligah. Seorang ulama Syafie yang terkenal pada zaman dahulu iaitu Imam al-Nawawi menukilkan dalam karyanya, Al-Idhah Fil Manasik al-Haji Wal Umrah antara lain menyebut seorang wanita apabila sampai ke Kota Mekah mulutnya selalu menyebut mana rumah tuhanku, kemudian ditunjukkan ke Kaabah lantas ia berlari dan bergantung pada sitar (kelambu) Kaabah dan selepas itu beliau jatuh menggelonggsor mati di kaki Kaabah.
Memaknakan erti kehidupan
Ketika berkelana, mereka dapat menyaksikan manfaat-manfaat haji, sama ada bersifat duniawi atau ukhrawi. Ini sudah pasti akan memberi satu pengalaman yang amat berguna dan bernilai dalam kehidupan seseorang. Pada masa itulah seseorang itu akan menghargai kehidupan yang dialaminya di kampung halamannya dan tanah watannya. Segala aspek yang baik dan positif dapat diterjemahkan dalam kehidupan hariannya yang sudah pasti beliau meraih pahala dan keredaan Allah.
Mengimbau nostalgia hamba Allah
Seolah-olah sebahagian ibadat haji mengajak umat Islam mengimbau sejarah lama, khususnya Nabi Ibrahim dan keluarganya. Justeru semangat keIbrahiman dan KeHajaran sepatutnya dibawa pulang oleh jemaah haji. Bukan hanya menceritakan kepada anak buah betapa letihnya saie antara Safa dan Marwah kerana jauh jaraknya. Sebaliknya mengambil semangat tawakal dan bergantung harap Siti Hajar kepada Allah dalam menempuh sisa-sisa keperitan hidup yang mencabar antara dahaga dan kasih-sayang kepada anaknya, Ismail.
Memahami watak manusiawi
Imam Nawawi pada mukadimah kitabnya Al-Idhah menyebut sejumlah pesanan dan wasiat kepada bakal jemaah haji agar berinteraksi dengan sebaik mungkin termasuk hal berkaitan harta benda, makan minum, tawar menawar, pinjaman dan sewaan supaya ibadah haji yang dilakukan dapat disempurnakan dengan baik. Ini kerana apabila bermusafir segala watak sebenar manusia akan terdedah kerana itulah salah satu daripada makna safar ialah mengubah watak seseorang kepada hakikat dan realitinya yang sebenar. Pujangga pernah berkata: "Pilihlah jiran sebelum dirikan rumah dan pilihlah rakan sebelum melakukan pelayaran." Dalam haji, jemaah haji didedahkan dengan pelbagai watak yang terkadang mengguris dan menyinggung perasaan di samping ada yang benar-benar mempamerkan akhlak yang unggul serta prihatin yang teramat sangat kepada rakan taulan, tetapi golongan seperti ini amat nadir dan sedikit dan sudah pasti akan diminati serta dikasihi oleh jemaah haji yang lain.
Muzakarah ilmiah
Oleh kerana aspek ibadah haji atau disebut manasik haji, merupakan sebuah rehlah rabbani sudah pastinya ilmu merupakan asas yang terpenting supaya benar-benar menepati sunah nabi. Hal ini selaras dengan perintah Rasulullah SAW: Ambillah manasik haji kamu daripadaku. (riwayat Bukhari). Justeru tidak hairanlah Tabung Haji dan lain-lainya mengadakan kursus yang mempunyai banyak siri supaya ilmu dan kefahaman benar-benar dihayati oleh bakal jemaah haji. Tetapi hal yang lebih menarik daripada itu, apabila sampai di Kota Mekah, bahkan seawal perjalanannya lagi sentiasa kedengaran pelbagai pendapat dilontarkan sehingga terlalu ramai "pakar", "mufti", "tokoh ulama", yang mengemukakan pendapat dan hujahan terkadang-kadang hanyalah berkiblatkan kepada logik akal semata-mata. Inilah yang sepatutnya dijauhi.
Cuba memperibadikan sahabat yang unggul
Ghalibnya jemaah haji akan berkunjung ke Kota Suci Madinah al-Munawwarah dan beberapa tempat di sekitar Madinah yang penuh keberkatan seperti Uhud, Perkuburan Baqie, Khandak dan lain-lain. Ini sudah pasti mengingatkan kita kepada hayah as-Sahabah dalam mempertahankan agama Allah dan meninggikan syiarnya. Bayangkan bagaimana Hamzah Singa Allah rebah dalam Perang Uhud kerana tusukan tombak yang membawa kepada syahidnya. Begitu juga dengan para sahabat yang lain. Kalaulah dapat diperibadikan dalam jiwa jemaah haji seperti mereka itu, sudah pasti sinar gemilang Islam akan muncul kembali.
Cinta Rasul
Ini sudah semestinya dapat dipamerkan ketika kunjungan para jemaah ke Makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi. Perasaan syahdu, sayu, sedih dan rasa kebersalahan seseorang itu ternyata zahir ketika lafaz, Assalamualaikum Ya Rasulullah diucapkan berhadapan dengan makamnya. Ketika itu kaki seolah-olah menjadi kaku, kepala ditundukkan, mata dikenangi dengan air mata, dan pemikiran terpusat kepada sahsiah yang paling unggul dimuka bumi itulah Rasulullah SAW. Ketika itulah sebuah tekad dan keazaman yang tinggi untuk menjadi umat Rasulullah dan pengikutnya yang setia berasaskan sunah dan sirahnya. Perkataan Ya habibi, wahai kekasihku Ya Rasulullah diulang kembali sehingga lupa orang di sebelahnya meskipun suami atau isterinya. Itulah cinta Rasulullah.
Kembali dengan sahsiah Islamiah
Dengan selesainya ibadah haji, apabila batu lontaran terakhir di jamrah selamat masuk ke tempatnya maka jemaah haji berpaling mengadap kiblat, berdoa dengan penuh harapan agar dimabrurkan hajinya. Justeru harapan seolah-olah jemaah haji menjadi bayi yang baru dilahirkan tanpa dosa dan dalam keadaan bersih perlu dipertahankan. Sementelahan pula pada tawaf Wada' seseorang itu membuat perjanjian kepada Allah untuk menjadi hamba Allah yang hakiki. Hal yang sama juga berlaku ketika ucapan selamat perpisahan dalam ziarah Wada' kepada Rasulullah SAW. Inilah yang sebenarnya patut dibawa pulang selepas memasuki madrasah haji dan telah bergraduan dengan kemabruran haji. Pulang dengan membawa misi mabrur yang disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu pemakaian sifat yang mahmudah seperti memberi salam dan sentiasa menjamu orang, terutamanya fakir miskin dengan makanan.
Itulah sedikit sebanyak coretan falsafah dan hikmah di sebalik pensyariatan haji yang semestinya difahami oleh dhuyufurrahman. Semoga matlamat menuju kepada kemabruran haji tercapai. Amin.
l DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI ialah Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-Jakim)
(Sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20120809/ba_02/Falsafah-haji)

Tuesday, August 7, 2012
Esok aku mati ?
Meneliti perilaku dan corak hidup sesetengah manusia yang menghuni alam fana ini, kita dapati ada antara mereka bertindak seolah-olah tidak akan mati, akan kekal hidup buat selama-lamanya.
Ada antara mereka yang bebas melakukan apa saja sesuka hati. Mereka tidak menghiraukan haram atau halal, baik atau buruk. Hidup mereka seolah-olah berajakan nafsu dan bermenterikan syaitan. Tak fikir soal dosa, pahala
Soal dosa, pahala, syurga, neraka serta pembalasan di hari akhirat sudah tidak diambil pusing. Mereka sewenang-wenangnya meninggalkan ajaran Islam.
Keadaan ini menjadi lebih buruk lagi apabila mereka didedahkan dengan corak hidup serba moden dan canggih. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan menyebabkan berlakunya kelahiran anak luar nikah.
Ini terjadi lantaran berpengaruhnya pendedahan fahaman kebendaan kepada masyarakat kita. Saban hari kita dianjurkan supaya mengejar masa dan hidup dengan berlumba-lumba untuk mengumpul harta kekayaan.
Masa untuk akhirat
Jika dianalisis, sumbangan masa untuk kerja akhirat berbanding kerja dunia amatlah menyedihkan. Purata, setiap orang memerlukan enam jam sehari untuk tidur dan jika seorang pegawai, ia akan menggunakan paling kurang lapan jam sehari untuk bekerja.
Makan, mandi, masa ke pejabat, bersiar-siar dengan keluarga, membaca dan berhibur paling kurang kita memerlukan empat jam lagi. Ini bermakna, telah luput 18 jam kita menggunakan masa dalam sehari untuk kerja keduniaan.
Baki enam jam lagi itu tidak semuanya kita gunakan untuk beramal dan beribadah. Paling banyak kita hanya menggunakan empat jam saja sehari untuk mendampingi Allah SWT.
Jika kita hidup hingga 60 tahun, masa terluang untuk beribadat ialah 50 tahun. Sepuluh tahun pertama hidup, kita dianggap belum baligh. Dalam masa 50 tahun ini, kita hanya menggunakan empat jam atau satu perenam daripada masa sehari untuk beribadah.
Bekalan akhirat
Jadi jumlah masa beribadah untuk tempoh 50 tahun, hanya lapan tahun setengah saja. Yakinkah kita akan memperoleh lapan tahun setengah untuk beribadah? Apakah dalam lapan tahun setengah itu hati kita dapat menumpukan seratus peratus perhatian dan khusyuk.
Oleh itu, beramallah sedaya mungkin seolah-olah kita akan mati esok hari. Tetapi janganlah kita abaikan tugas untuk dunia. Memastikan hidup senang dan bahagia di akhirat, kita perlu menyediakan bekal amal soleh di dunia ini. (Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Beribadahseolah-olahmatiesok/Article/index_html)

Tanda -tanda berlakunya kiamat
Kiamat pasti datang, masa dan saatnya, hanya Allah saja mengetahuinya. Bagaimanapun, tanda-tanda awal kiamat sudah berlaku tanpa kita sedari. Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri banyak kali mengingatkan umatnya mengenai tanda dan kedatangan kiamat.
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak haraj. Bertanya sahabat: Apakah itu haraj ya Rasulullah? Jawab Baginda: Pembunuhan! Pembunuhan! Kes pembunuhan bukan lagi menjadi perkara luar biasa pada zaman ini. Malah, saban hari media memaparkan pelbagai kes pembunuhan. Justeru, seperti diramalkan Rasulullah SAW, kiamat semakin hampir dengan tanda yang berlaku.
Tokoh agama, Datuk Hassan Din al Hafiz menjelaskan 16 tanda kecil kiamat sudah berlaku seperti yang diutarakan dalam kitab Udratul Nasihah Fi Asrar Assaat.
Pertama, dunia mengalami kemelesetan ekonomi. Ini sudah terbukti ketika ini, banyak negara Eropah termasuk Greece, Sepanyol, Ireland dan Portugal masing-masing mencatatkan kemelesetan ekonomi yang teruk sejak beberapa tahun dengan beban hutang terlalu tinggi.
Kedua, apabila negara dipimpin oleh pemimpin kejam. Ini juga sudah berlaku jika dilihat punca kebangkitan di negara Arab adalah disebabkan rakyat bangun menentang pemerintah mereka yang kejam.
Ketiga, apabila ramai orang kaya yang berhutang. Rumah besar, kereta besar dan perniagaan maju tetapi hutang keliling pinggang, katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Tanda awal kiamat yang keempat pula apabila ramai wanita dipilih menjadi pemimpin negara dan mereka ditaati. Sejak kurun ke-20, banyak negara di dunia ini pernah atau masih diperintah golongan wanita antaranya Australia, United Kingdom, Sri Lanka, India, Israel, Argentina dan Portugal.
Tanda lain ialah apabila umat Islam saling kutuk mengutuk, salam hanya diberikan kepada orang yang dikenali dan orang agama lari ke bukit serta hutan seperti sekolah pondok atau pusat pengajian agama dibina jauh daripada penempatan penduduk, di atas bukit dan dalam hutan.
Banyak bangunan pencakar langit
Selain itu, kewujudan banyak persatuan buruh juga antara tanda awal kiamat, bangunan pencakar langit banyak dibina, diikuti semakin ramai anak menderhaka kepada ibu bapa, ramai wanita berkahwin yang tidak mahu anak atau anak ramai dan mereka lebih suka memandulkan diri.
Ramai wanita di dunia ini yang suka mendedahkan aurat serta kegiatan homoseks berleluasa, ibu lebih menghormati anak berbanding anak menghormati ibu, berlakunya perbuatan bapa merogol anak sendiri atau sumbang mahram, banyak berlaku gempa bumi dan tsunami.
Hassan berkata, sepuluh tanda besar kiamat pula seperti lahirnya Imam Mahadi, keluarnya Dajjal yang menyesatkan manusia, turun Nabi Isa, muncul Yakjud Makjud, Kaabah diruntuhkan, matahari terbit sebelah barat, keluar asap di merata-rata tempat, tiupan angin sepoi bahasa yang mematikan orang beriman, al Quran diangkat dan tiupan sangkakala oleh Malaikat Israfil.
Daripada Huzaidah bin Asid al Ghifari, Rasulullah SAW menjenguk kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda bertanya: Apa yang kamu sedang fikirkan? Kami menjawab: Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya.
10 tanda besar kiamat
Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan selepas kamu melihat sebelumnya 10 alamat. Lalu Baginda SAW menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj.
Hassan menasihatkan umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia kerana walaupun kiamat besar belum tiba, tetapi kiamat kecil iaitu kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.
Kiamat kecil bagi manusia adalah kematian. Waktu dan saatnya tidak dapat diketahui manusia. Justeru, kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dengan memenuhkan masa beramal dan patuh kepada tuntutan agama, katanya.
(Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kiamatpastidatang/Article)

Subscribe to:
Posts (Atom)