Thursday, July 26, 2012

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan di hari ketiga ... Jangan ALPA yea.. lakukan yang terbaik

LATIHAN dan pendidikan yang ada pada Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab itu ialah:

Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya. Nabi SAW bersabda: “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari) Zaid bin Thabit pula menceritakan, “Kami pernah bersahur bersama Nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Kemudian Zaid bin Thabit disoal: Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan sahur dan solat Subuh)? Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bersikap dermawan.

Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah orang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bertadarus al-Quran secara konsisten.

Abdullah Abbas melaporkan: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran dan Rasulullah lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus.” (Hadis riwayat Bukhari)

Melaksanakan solat Tarawih.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT, maka diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Salamah bin Abdur Rahman meriwayatkannya, sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: “Bagaimana solat malam Rasulullah pada Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah tidak pernah melakukan solat malam lebih daripada sebelas rakaat, baik pada bulan Ramadan atau pada bulan yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan.

Aisyah berkata: “Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan sehinggalah Baginda wafat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah.

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JagaadabRamadantingkattakwa/Article/index_html



Tukang Tilik ??? Percayakah Anda ....

Umat dituntut jauhi sebarang bentuk ramalan


Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang terdiri daripada dua unsur iaitu unsur jasmani dan rohani. Kedua-dua unsur ini melayakkan seseorang itu disebut sebagai manusia tetapi belum layak dipanggil sebagai mukmin (orang yang beriman), apatah lagi muttaqin (orang yang bertaqwa).

Jika jasad memerlukan makanan dan minuman, maka begitu juga rohani. Jika jasmani yang tidak mendapat makanan secukupnya akan mengalami gangguan pada tubuh badan, maka begitu jugalah halnya dengan rohani.
Atas dasar itu, salah satu daripada keperluan rohani adalah memahami aqidah secara tepat, benar dan jitu. Rukun Islam pertama yang menjadi teras aqidah seorang Islam wajar difahami dan dihayati secara benar dan tepat.
Oleh itu, seseorang tidak dianggap beriman kepada Allah SWT jika mereka belum mampu membebaskan diri daripada perkara yang boleh merosakkan aqidah seperti meyakini ramalan bomoh, mendatangi dan mempercayai tukang ramal, tukang sihir atau tukang tilik.

Bahkan, pada masa kini, remaja Islam khususnya memberikan maklum balas cukup positif terhadap tukang tilik zaman moden seperti mempercayai ramalan horoskop serta meyakini bahawa potensi diri seseorang bergantung sepenuhnya kepada kedudukan tahi lalat, bentuk kening dan hari kelahiran.

Nabi SAW mengancam perlakuan demikian seperti tercatat dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: “Sesiapa yang datang kepada tukang tenung/tilik lalu bertanya sesuatu daripadanya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (kahin) dan membenarkan apa yang dikatakan olehnya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang di turunkan (oleh Allah) kepada Muhammad SAW.” (Riwayat Ibn Majah)
Kedua-dua hadis melarang pembabitan secara langsung ataupun tidak dengan sebarang bentuk ramalan. Pembabitan seseorang tidak diukur sama ada dia mempercayai atau tidak sebaliknya, pergi berjumpa tukang ramal pun sudah dianggap berdosa.
Bayangkan, hanya kerana ramalan seseorang menggadaikan akidahnya. Jika tilikan atau ramalan itu benar sekalipun, maka ia tetap merosakkan akidah kerana penyerahan diri bukan lagi kepada Allah SWT, sebaliknya diserahkan 100 peratus kepada tilikan itu.
Oleh itu, jauhilah hal yang boleh merosakkan akidah kerana orang terbabit ramalan disamakan Nabi SAW seperti pengamal sihir.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mengambil sebahagian daripada ilmu bintang (nujum), maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian daripada sihir. Setiap kali bertambah ilmu bintangnya maka bertambah pula ilmu sihirnya.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Jika perkara ghaib boleh diketahui manusia, nescaya Bagindalah insan yang paling layak untuk mengetahuinya tetapi Baginda SAW tidak mengetahuinya melainkan apa yang ditakdirkan Allah SWT.

Firman Allah SWT: “Katakanlah: Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang yang beriman.” (Surah al-A’raf, ayat 188)
Justeru, luruskanlah akidah dan kembalilah kepada asas akidah yang benar kerana ia adalah teras utama dalam membentuk muslim sejati.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Akidahtergadaiangkaratukangtilik/Article)

Thursday, July 19, 2012

1 Ramadhan di tahun 2012

Assalamualaikum... & Salam sejahtera..

Esok bermulanya Ramadhan bagi tahun ini. Semoga kedatangan bulan mulia ini memberikan sepenuh peluang buat diri untuk beribadat pada Allah s.w.t. Sesungguhnya aku tidak pasti adakah aku dapat menemui lagi Ramadhan pada tahun depan. Bagi keluarga dan sahabat handai serta sesiapa yang pernah mangenali diri ini sekalian mohon maaf andai ada ketelanjuran bahasa dan perbuatan MOHON MAAF di pinta.




Monday, July 9, 2012

Sepanjang Perjalanan Ke Cameron Highland 6-7 Julai 2012






Perjalanan agak tenang mungkin kerana masih lagi awal... Alhamdulillah selamat sampai dan pulang dari destinasi.. :) :)