Monday, April 26, 2010

Hikmah Disebalik Memahami Ajaran Agama Lain

Masyarakat pelbagai bangsa boleh hidup dalam harmoni, saling hormat menghormati

HIKMAH wujud perbezaan agama di dunia ini adalah supaya antara penganut pelbagai agama dapat mempelajari serta memahami agama lain yang mungkin ada persamaan untuk dimanfaatkan sebagai jambatan mengukuhkan perpaduan. Perkara ini diakui Felo Penyelidik Institute of Ismaili Studies, London, Dr Reza Shah-Kazemi, yang melihat persamaan antara agama bukan bermakna menyamakan antara dua agama sebaliknya bertujuan mempelajari serta memahami sesuatu agama itu bagi mengelak salah faham. Beliau yang pernah memberi ceramah bertajuk ‘Titik persamaan: Kesamaan kerohanian dan etika antara Islam dan Buddha’ di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS), Januari lalu berkata, pemahaman itu juga dapat mengelak konflik agama.

Pendapat penulis buku Buddhism and Islam: The Common Ground itu ada benarnya kerana masyarakat pelbagai agama boleh hidup dalam suasana harmoni apabila masing-masing sentiasa menghormati agama anutan pihak lain.

Pada ceramahnya itu, Dr Reza ada membangkitkan persoalan menarik iaitu mengenai kedudukan penganut Buddha yang menyentuh aspek kepercayaan apabila menanyakan apakah penganut agama itu perlu dilayan seperti ahli kitab.

Katanya, ada kesepakatan antara ulama untuk mengiktiraf penganut Buddha sebagai ahli kitab. Syafie juga tidak menolak hakikat itu kerana al-Quran ada menyebut kepada Suhuf Ibrahim dan Musa yang diberikan kepada nabi lain.
Ini menjurus kepada cadangan, kemungkinan Buddha yang menyebarkan ajaran selepas mendapat kesedaran adalah nabi yang diutuskan kepada umatnya kerana agama Buddha mempunyai naskhah yang mengandungi peraturan agama.

Pensyarah Jabatan Pengajian China Universiti Malaya, Dr Ching Thing Ho, berkata susah hendak menganggap Buddha Sakyamuni sebagai nabi jika mengikut makna ‘nabi’ dalam konteks agama Islam atau agama aliran Abraham yang lain.

Katanya, Buddha tidak mengaku dirinya sebagai ‘ejen’ atau ‘wakil’ bagi mana-mana kuasa agung yang bersifat ketuhanan, cuma mengaku diri sudah ‘menemui’ dan ‘mencapai’ suatu tahap ‘kesedaran’ yang dianggap mutlak (nirvana).

“Tujuan Buddha menyebarkan ajarannya adalah untuk memberi panduan kepada semua supaya berpeluang mencapai tahap nirvana yang sama, di mana mereka dapat melepaskan diri daripada ‘kesengsaraan’.

“Maka ia bukan suatu usaha cuba membawa penganutnya mempercayai serta memeluk apa-apa kuasa bersifat ketuhanan walaupun naskhah peraturan agama Buddha mungkin mempunyai kesamaan dengan agama lain pada aspek sosial, etika dan metafizik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ada antara penganut Buddha memupuk ikatan serta ketulusan terhadap ajaran Buddhisme serta menjalani kehidupan ‘ala Buddha’ tetapi dari segi implikasi sosial terutama politik, amalan itu bukan satu institusi boleh menimbulkan kesedaran identiti yang kuat.

Oleh itu kata Dr Ching, daripada perspektif Buddhisme identiti yang mengkategorikan manusia bukan sangat penting (malah ada keburukannya) kerana yang utama ialah seseorang individu itu faham akan realiti ‘kesengsaraan’ dan bercita-cita serta giat mengatasinya dengan usaha sendiri.

Oleh itu, sama ada penganut Buddha adalah ahli kitab seperti ditimbulkan Dr Reza, beliau tidak pasti mengenainya kerana justifikasi itu perlu dibuat melalui pandangan Islam dan susah bagi bukan Islam memberi pandangan jika tidak memiliki kepakaran yang relevan.

Bagaimanapun, yang pasti Buddhisme memang mempunyai kitab komprehensif merangkumi pelbagai aspek termasuk falsafah dan kepercayaan. Jika ada persamaan yang agak kunci dan inti antara Islam dan Buddhisme, maka saranan Dr Reza mungkin sesuai.

Mengenai perlunya penganut Buddha dan Islam mengetahui persamaan yang wujud dalam aspek teologi, beliau tidak menolaknya walaupun istilah teologi mungkin tidak sesuai dengan fahaman Buddhisme yang ajaran asasnya tidak berpusat kepada kepercayaan mana-mana tuhan.

“Tetapi saya masih setuju dengan penggunaannya, jika teologi itu ditakrif secara lebih longgar, merangkumi falsafah semua agama tidak kira sama ada kepercayaan kepada tuhan dijadikan asas dalam ajarannya atau tidak,” katanya.

Katanya, kesedaran mengenai persamaan antara agama dari segi teologi boleh memupuk kesefahaman antara penganut pelbagai agama. Justeru itu, beliau menyarankan diperkenalkan kursus ‘agama-agama dunia’ di peringkat kolej dan universiti.

Rujukan :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hikmahdisebalikmemahamiajaranagamalain/Article

Wednesday, April 7, 2010

Tun Sri Lanang

Dokudrama 2010



Salam sejahtera... kekaguman terhadap semua pelajar Pengajian Malaysia semester Januari 2010 yang berusaha dan berlakon dengan baik di dalam menjayakan dokudrama masing-masing. Mereka yang tidak terpilih ke final juga bagus... namun setiap section hanya dua wakil sahaja. Maaf yea....yang lain-lain tu... anda BAGUS!!!!!

Nie Gambar dokudrama Tun Sri Lanang